BREAKING NEWS

Umno Terliur Dengan Simpanan Tunai Selangor RM1.1 Billion Yang Telah Memecahkan Rekod 28 Tahun



SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta dalam tempoh enam bulan ini, menjadikan jumlah terkumpul RM1,100 juta dan merupakan rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.
Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, sejak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.
Manakala sejak Januari hingga 30 Jun tahun ini sahaja, pelaburan di Selangor bernilai RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.

Menurut Khalid, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.
“Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara,” katanya pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.
                      Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim

Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, lapor Harakahdaily.
Menurut Khalid,  sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada, membuka sebanyak 10,000 peluang pekerjaan.
Ini bermakna, ujarnya, kerajaan Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.
Beliau menambah,  program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.
Katanya, rakyat dari pelbagai kaum, latar belakang belakang pendidikan dan kecenderungan politik, layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.
Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor, sejumlah RM500 juta telah  disalurkan terus kepada rakyat Selangor.
Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti  (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.
Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri yang memperoleh keuntungan RM12 juta setakat bulan Jun tahun ini.
SUMBER

2 comments :

  1. KALU ANAK TOYOL ADA MACAM NI SIAP RAYA HINDU LA DIA !

    ReplyDelete
  2. khir toyo dn noh omar tido x lena..mandi x basah..sbb asyik dok fikir mcm mana nak rembat duit-duit tu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails