BREAKING NEWS

SPR Terus Menipu ..Dengan Mendaftar Pemegang IC Merah..

SPR cakap "ada aku kesah"..memang keje aku menipu dan terus menipu..janji umPORNO menang pilihanraya!!


Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berulang kali menjamin bahawa tiada warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Seorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR telah mengesahkan dakwaan itu.



Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru.

Ini lagi panas beb...
Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

NONEDia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran pendaftarannya sebagai pengundi, direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.-mkini

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails