BREAKING NEWS

Panas!! Najib Akan Menggantikan Anwar Sebagai Ketua Pembangkang...


Tetapi kenyataan yang makin menjadi nyata adalah Najib akan menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang..InsyaAllah!!

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan "perbincangan rahsia" untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka.

"Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Beliau juga mempersoalkan kewibawaan dakwaan "pelik" itu kerana dibuat berasaskan jangkaan Anwar akan ke penjara ekoran kes liwat yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.

Sementara itu Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, Tengku Razaleigh bukan alternatif kepada Anwar kerana ketika mempunyai peluang dalam pembangkang melalui Semangat 46, beliau kembali kepada Umno.

"Dan selepas itu, hanya Umno bahagiannya sahaja mencalonkannya bertanding jawatan presiden parti menentang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star.

Karpal berkata, sekiranya terdapat anggota parlimen PKR membelot pada Anwar dan meninggalkan Pakatan, DAP dan PAS tidak akan menuntut kerusi ketua pembangkang.

"Tanpa Anwar, pembangkang dan negara ini tidak akan menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008," katanya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails