BREAKING NEWS

Tahniah Dan Syabas Untuk Pahlawan-Pahlawan BERSIH 2.0

BERSIH : Ini satu langkah tuntut pilihan raya bersih

Jawatankuasa pemandu BERSIH berkata gabungan itu bangga dengan “jumlah sebegitu ramai yang tidak diduga” yang mengambil bahagian.
Tahniah dan syabas buat semua peserta-peserta Himpunan BERSIH 2.0 hari ini.Kalian adalah pahlawan-pahlawan rakyat yang sejati.Saya sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan keberanian anda untuk turun ke jalan-jalan raya, mengambil risiko bagi memperjuangkan kebenaran dan membenam kezaliman.Cubalah anda lihat betapa baculnya ahli-ahli Patriot Pemuda Umno dan Perkosa yang tiada roh perjuangan dalam menghadapi gelombang BERSIH 2.0.Inilah golongan CARMA bak kata Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said yang berjuang hanya untuk perut sendiri dan kroni sahaja.



Saya dapat rasakan semangat dan komitmen hebat anda. Ditembak gas pemedih mata, dibalun belantan polis, diasak semburan air kimia, semuanya tidak menjadi halangan besar buat anda semua  dalam perjuangan menuntut agar semua undang-undang zalim dihapuskan dan SPR dapat dibersihkan.Ternyata himpunan Bersih 2.0 kali ini paling berjaya dan telah dapat menyampaikan mesej kita keseluruh dunia.

Apabila Perdana Menteri Malaysia sendiri sudah bercakap bohong dan telah memungkiri janji membuatkan rakyat marhaen telah hilang kesabaran.Jika Perdana Menteri kita sendiri pun  seorang penipu,kepada siapa lagi rakyat handak percaya?? Kerakusan Umno/BN memperkudakan agensi-agensi kerajaan untuk menipu dan menindas rakyat demi survival politik mereka menyemarakkan lagi kemarahan rakyat kepada kerajaan 1Malaysia.
Setelah sekian lama harta rakyat dan harta negara dirompak semaunya oleh gerombolan Umno/BN ini,maka sudahlah sampai masanya untuk rakyat Malaysia membuat perubahan kepimpinan negara.


Gelombang kebangkitan rakyat tidak akan mampu disekat oleh Polis dan agensi-agensi kerajaan yang lain kerana suara rakyat adalah suara keramat.Teruskan perjuangan kita sehingga rejim zalim Umno/BN ini dikuburkan.Usahlah tertipu dengan propaganda dan pelbagai slogan yang dicipta oleh  kerajaan 1Malaysia untuk terus menipu rakyat...akhir kata tabik spring untuk kalian semua..-MAFIABOSS

 Al-Fatihah Untuk Pejuang Demokrasi Bersih Allahyarham Baharudin Ahmad
Kekejaman pihak polis yang tidak boleh dimaafkan angkara arahan gila daripada Najib dan Hishamuddin.Semoga Allah akan membalas dengan kadar segera segala kekejaman kalian terhadap rakyat marhaen yang tidak berdosa.
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di  bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.
Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.
"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.
Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.
 

Samad Said: BERSIH 2.0 sangat berjaya, 50,000 peserta telah hadir,meskipun dihalang BN.

Segala yang berlaku ini adalah dengan izin Allah,tetapi sehingga kedetik ini kerajaan Umno/BN masih tidak mahu mengambil iktibar dan muhasabah diri untuk menjadi manusia yang beramanah dan jujur dalam menerajui kepimpinan negara.Amalan rasuah,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tetap diteruskan dari dulu,kini dan selamanya.

Ketua Bersih 2.0 Ambiga memeluk seorang peguam di IPK Kuala Lumpur petang ini. – Foto TMI
KUALA LUMPUR, 9 Julai — Pemimpin Bersih 2.0, dengan diwakili Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said hari ini berkata, perhimpunan mereka “satu kejayaan besar” dengan 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu kerana satu matlamat sebelum ini,” kata beliau pada sidang media petang ini.
“Pihak berkuasa nampaknya kasar sangat dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh,” kata beliau lagi.
Kata beliau, penyokong perhimpunan Bersih 2.0 adalah pelbagai kaum kali ini berbanding kempen pertama mereka empat tahun lalu.
Seniman berusia 76 tahun ini menyertai perhimpunan ini, yang menuntut pembaharuan pilihan raya bersih dan adil, dengan mengenakan kemeja-T berwarna kuning yang menjadi lambang Bersih 2.0.
Bercakap kepada pemberita di Hotel Midah di sini kira-kira 5 petang tadi, Samad berkata, Bersih 2.0 akan cuba menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong kemudian hari.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila.
Katanya, Bersih 2.0 tidak akan mengadakan satu lagi perhimpunan untuk menyerahkan memorandum.
Kepimpinan Bersih 2.0 mengecam polis dengan mendakwa pihak polis bertindak kasar ke atas pertubuhan madani, malah menahan ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah.
Ambiga merupakan salah seorang daripada lebih 1,000 ditahan hari ini.
Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Richard Yeoh meminta penyokong-penyokong Bersih 2.0 agar mengenakan pakaian kuning setiap Sabtu bagi menandakan pendirian mereka.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Yeoh berkata perjuangan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya belum berakhir lagi.
“Perjuangan bagi pilihan raya yang adil dan bersih akan berterusan. Bersih 2.0 bangga kerana meskipun berhadapan dengan segala (bentuk) halangan dan sekatan, kami, rakyat semua lapisan masyarakat, dipaksa berhadapan dengan tindakan menindas polis, untuk datang secara aman dan dalam jumlah yang di luar dugaan untuk menunjukkan semangat cinta kepada negara dan prinsip demi keadilan,” kata  Dr Subramaniam Pillay, seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0.-[TMI]

SAKSIKAN WIRA-WIRA DEMOKRASI BERSIH 2.0



Post a Comment

Related Posts with Thumbnails