BREAKING NEWS

Kempen Terdesak Najib 'TIPU-TIPU 1MALAYSIA' dan 'TIPU-TIPU 1DUNIA'


Tindakan pihak polis menayangkan video bersih 2.0 versi yang telah diedit sehingga lunyai untuk memaparkan 'kebaikan' polis sahaja adalah satu tindakan yang menunjukkan kebodohan terlampau polis dalam 'peperangan' di zaman siber masakini. Inilah akibatnya kalau polis hanya mengikut skrip lakonan yang disediakan oleh kerajaan umPORNO/BeEND yang hanya sesuai digunakan pada era zaman menentang komunis pada tahun 50 an dulu.

Kenapa kejadian sebenar yang berlaku dalam avenue K tidak ditunjukkan langsung oleh pihak polis.Polis hanya menunjukkan keadaan  di pintu masuk avenue K sahaja pada hari kejadian,kerana jika rakaman itu diambil dari semua kamera CCTV yang terdapat disitu ianya akan menunjukkan keadaan sebaliknya.Sedangkan banyak lagi kamera CCTV yang terdapat di dalam bangunan tersebut.

Video insiden yang menimpa Mat Sabu juga tidak ditunjukkan dengan jelas.Hanya kenderaan pajero polis  sahaja yang kelihatan disana dan menutup pandangan sebenar.Sedangkan pegerakan sebenar kereta proton waja polis tidak kelihatan dengan jelas dan terlindung.

Polis juga membuat kenyataan akan membuat lakonan semula BERSIH 2, di bukit Jugra, Banting. Tentulah lakonan tersebut dipenuhi dengan adegan-adegan layanan lembah lembut dan berbudi bahasa  oleh pihak polis terhadap peserta-peserta bersih.

Idea video dan lakonan semula ini hanyalah kerja sia-sia dan bodoh kerana bukti sebenar iaitu beratus-ratus video dan gambar sebenar di tempat kejadian telah pun tersebar di internet sejak daripada hari kejadian himpunan bersih 2.0 itu berlaku.

Semua warga dunia yang cerdik minda telah mentertawakan kebodohan polis malaysia selepas melihat kualiti kandungan video bersih versi polis tersebut.Nampaknya pihak polis telah menyemarakkan kempen terdesak Najib 'TIPU-TIPU 1MALAYSIA' dan 'TIPU-TIPU 1DUNIA'
-MAFIABOSS

Saksikan Video Bersih Versi Polis Yang Ntah Ape-Ape..






Kuala Lumpur-Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu dan akan disiarkan melalui rangkaian televisyen yang dikuasai kerajaan dan Umno mengenai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen hitam putih, kata ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad.

NONE“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata Idris (pertama dari kanan, berketayap) dalam satu kenyataan media.

Menurut pemimpin PAS itu, polis sekarang berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika berdepan dengan tunjuk perasaan aman BERSIH 2.0 yang lalu.

Terbaru, katanya, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis kepada peserta perhimpunan.

NONE“Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan keganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” katanya.

Menurut Idris, beberapa soalan patut dibangkitka, antaranya kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Justeru, katanya adalah mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman yang menunjukkan polis bertindak ganas itu boleh disunting.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.
Nasib polis

NONEBeliau merujuk taklimat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid, Khamis lalu yang berkata tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal timbalan presiden PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar 'fender' Pajero,” kata Salleh.

Malah, wartawan yang hadir ditunjukkan video sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

NONEMenurut Idris, Mohamad Sabu juga dituduh tidak cedera oleh pihak polis termasuk pemimpin Umno yang mendakwa beliau berlakon.

“Sedangkan satu dunia tahu bahawa timbalan presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu,” katanya.

Menurut beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta BERSIH dan perlu menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.
Video polis sahih

rais yatimSemalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video perhimpunan 9 Julai lalu yang dirakamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata apa-apa video mahupun gambar yang dapat menjawab tomahan yang mendakwa pihak berkuasa berlaku zalim terhadap para peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu, perlu didedahkan kepada orang ramai.

NONEMengenai sama ada video itu kelak akan disiarkan berulang kali atau tidak, Rais berkata semua itu akan bergantung kepada keadaan dan kesesuaian.

Antara klip rakaman yang dipertontonkan kepada wartawan pada Khamis lalu adalah mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia, Baharudin Ahmad, pada perhimpunan 9 Julai itu.

Polis menafikan lelaki itu dibelasah pihak berkuasa dan mendakwa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan.

funeral baharudin bersih protesterSalleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya.

NONETimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula semasa di Melaka, semalam berkata video pada perhimpunan 9 Julai lalu yang dipaparkan oleh polis adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik.
RTM dan TV3

NONESementara Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula berkata beliau telah menyerahkan rakaman video itu kepada stesen penyiaran termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

Rakaman video polis itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin BERSIH termasuk pengerusinya Datuk S Ambiga, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

NONEAda juga babak di mana polis memakaikan topeng penutup hidung dan mulut kepada Nurul Izzah dan dalam video itu itu turut menayangkan keterangan ikhlas Hadi di Lapangan Terbang Terengganu bahawa beliau mengaku menerima layanan yang baik daripada polis kepada penyokong-penyokongnya.

Video itu turut menayangkan bagaimana orang ramai ditahan dengan cara baik, diminta NONEmenunjukkan kad pengenalan diri dan beg, orang tua yang mengalami sakit pinggang dibantu polis untuk naik di atas kereta polis dan pertanyaan kepada tahanan dengan berhemah.

"Mereka juga tidak digari...Malah, mereka diberi kebenaran untuk menghubungi ahli keluarga...Kesemua yang ditahan juga dihantar ke pusat tahanan sementara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan pelbagai persediaan dilakukan antaranya tempat menunggu (untuk proses dokumentasi) yang selesa, makanan dan minuman, tempat bersolat dan berwuduk," kata polis.

1 comment :

  1. Nampak sangat polis malaysia tak canggih. Nak tayang video pun amik 2 minggu. Team Bersih kurang 24 jam dah up load ke dunia siber. Hebat Team Bersih kurang 24 jam boleh edit gambar tak ganas jadi ganas. Tapi polis kena amik 2 minggu nak edit gambar ganas jadi tak ganas. Kah.. kah.. kah..!! Bodoh punya orang!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails