BREAKING NEWS

Kenyataan KPN Tentang Video Seks Mengelirukan Rakyat


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan kenyataan bahawa video seks yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tulen dan tidak diubahsuai.
Kenyataan KPN itu amat dikesali kerana ia dilakukan sebagai cubaan memberikan gambaran seolah-olahnya Anwar terlibat dalam video itu sedangkan pada masa yang sama, pihak polis tidak pula menyiasat siapa pelakon dalam video itu.
Demikian dinyatakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurutnya lagi, AMK konsisten dengan pendirian bahawa polis sepatutnya awal-awal lagi menangkap segera trio ‘Datuk T’ kerana membuat tayangan video porno di khalayak ramai dan bukannya mengkaji kesahihan video itu semata-mata.
“Kita konsisten dengan pendirian bahawa tayangan video itu satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah,” kata Shamsul.
Malahan, orang ramai juga sudah tahu bahawa pelakon dalam video itu bukan Anwar  kerana beliau sendiri sudah menafikannya.
Shamsul berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini bahawa video aksi seks yang ditayangkan trio ‘Datuk T’ dua minggu lalu itu adalah tulen.
Menurut Shamsul, kenyataan terbaru Ketua Polis Negara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia sudah dijangka.
Malah, ia mengukuhkan lagi anggapan bahawa siri terbaru fitnah ini merupakan satu rekayasa politik peringkat tertinggi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video itu adalah tulen tanpa mengulas lanjut siapa pelaku dalam video tersebut

Mahfuz Omar ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa ‘pelakon’ lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar.
Baginya, itulah ‘skrip’ sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.
Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun.
“Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni ‘polis malaikat’ yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja,” ujarnya lagi.

1 comment :

  1. PERBEZAAN ANTARA ISLAM DAN PAS
    PAS sering melaungkan slogan Islam sehingga masyarakat orang Islam menjadi keliru. Bahkan ada yang beranggapan kononnya PAS itu adalah ISLAM, dan ISLAM itu adalah PAS. Dan mana-mana parti politik selain daripada PAS, parti tersebut bukanlah parti Islam yang tulen. Islam yang betul ialah Islam bawaan PAS sahaja. Parti lain semuanya tidak betul. Bahkan keIslaman ahli-ahli parti lain boleh dipertikaikan oleh PAS. Inilah ideologi PAS yang sangat-sangat merbahaya kepada masyarakat ramai. Hal ini wajib segera dihapus dan dihentikan. Justeru di sini disenaraikan beberapa alasan yang menerangkan betapa PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS. Semoga Allah menyedarkan kita semua.
    1. Islam adalah Agama -- Manakala PAS adalah sebuah parti politik.
    2. Seseorang yang mahu masuk Islam, wajib mengucap dua kalimah syahadah sedangkan mahu masuk PAS tidak wajib mengucap kalimah syahadah.
    3. Islam menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan manakala PAS menjadikan undang-undang tubuhnya sebagai panduan.
    4. Islam tidak ada Presiden, Ahli Jawatankuasa Agung, Mursyidul Am, Ketua Pemuda, Ketua Kawasan dan lain-lain jawatan -- Tetapi, dalam PAS ada jawatan-jawatan tersebut.
    5. Islam disebar dan diperjuangkan oleh Rasulullah manakala dalam Pas tiada Rasul, pemimpin PAS bukan rasul.
    6. Islam ciptaan Allah sedangkan PAS ditubuhkan oleh manusia bermula tahun 1951 sahaja.
    7. Islam agama yang sempurna dan tinggi -- PAS parti yang tidak sempurna.
    8. Islam dianuti oleh manusia dan jin -- PAS hanya terbatas kepada manusia sahaja, jin tidak boleh masuk PAS.
    9. Islam boleh dianuti oleh seluruh warga dunia -- PAS hanya boleh dianggotai oleh warganegara Malaysia sahaja.
    10. Islam ada hukum dan peraturan dalam akidah dan syariah -- PAS tidak ada hukum dan peraturan tersebut.
    11. Dalam Islam ada hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram (5 dasar hukum) -- dalam dasar undang-undang tubuh PAS tidak ada dasar hukum tersebut.
    12. Adanya Islam tidak tertaluk di bawah akta pertubuhan (Islam tak perlu daftar di bawah undang-undang pendaftaran pertubuhan) -- PAS wajib daftar, tak daftar tak boleh bergerak.
    13. Masuk Islam tak perlu guna borang ahli ada pencadang, penyokong, dan bayar yuran pada setiap tahun -- masuk PAS kena isi borang dan bayar yuran.
    14. Islam bukan alat untuk dapatkan pangkat YB serta gaji dan elaun -- dengan PAS boleh dapat pangkat dan gaji.
    15. Umur taklif dalam Islam akil baligh (15 tahun) -- umur boleh masuk PAS 18 tahun.
    16. Dalam Islam orang Islam boleh berkahwin sesama Islam walaupun berlainan parti -- jika PAS itu Islam, tentu orang PAS sesama mereka sahaja yang boleh berkahwin.
    17. Islam tidak boleh pecat penganutnya -- PAS boleh pecat ahlinya.
    18. Keluar Islam murtad -- keluar PAS tidak ada apa-apa jauh sekali dengan murtad.
    19. Rukun Islam ada 5 perkara -- rukun PAS berapa perkara? Tidak ada.
    20. Dalam Islam tiada perebutan dan pertandingan jawatan -- dalam PAS berebut jawatan.
    21. Islam melarang keras caci-maki, mencarut, fitnah-memfitnah -- dalam PAS tidak dilarang, malah menjadi satu amalan harian Pas, bahkan kata Nik Aziz menjadi Sunat sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Lahab.

    22. Pas boleh memamki hamun, Islam tak boleh.
    23. Pas boleh menipu, berbohong dan putarbelit, Uslam melarangnya.
    24. Pas boleh adjust hukum ikut kehendak politik, Islam syumul dan benar dari dahulu hingga kiamat.
    25. Pas menjadikan agama Islam sebagai alat politik, Islam tidak boleh diperalatkan untuk tujuan mendapatkan undi
    26. PAS menjadikan syaitan sebagai sahabat sedangkan dalam Islam, syaitan adalah musuh yg amat nyata.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails