BREAKING NEWS

Chua Soi Lek Dan Rahim Thamby Chik Tidak Layak Untuk Bercakap Soal Integriti Dan Moral

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Chua Soi Lek dan Tan Sri Rahim Thamby Chik tidak layak bercakap soal integriti dan moral, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Beliau merujuk kenyataan The Star memetik seruan Soi Lek supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti tak bersalah dalam kes video seks palsu.
“Seluruh rakyat Malaysia mual apabila politikus yang mempunyai rekod tak bermoral yang diketahui umum, berbicara mengenai moral dan integriti.
“Kalau benar mereka ini nak bersyarah pasal moral, mereka perlu tunjuk teladan yang baik kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tian Chua, Ahli Parlimen Batu itu menyelar Soi Lek kerana menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.
“Kenyataan Soi Lek jelas mahu meletakkan beban bukti kepada Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik,” katanya.

Beliau berkata, situasi Anwar jauh berbeza dengan Soi Lek yang mengakui melakukan hubungan seks di luar perkahwinan manakala Rahim Thamby Chik dituduh di mahakamah atas dakwaan merogol gadis bawah umur.
“Mereka tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi UMNO ini kerana rekod moral mereka sangat memualkan.

“Bila yang tak bermoral ini bersyarah, jelaslah bukti mereka ini terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Anwar, yang tak habis-habis di fitnah Umno BN,” katanya.
Tian juga mengulangi desakan supaya Soi Lek dan Rahim Thamby Chik meletak semua jawatan dalam kerajaan.
“Soi Lek patut bersara terus sebagai tanda insaf. Rahim Thamby Chik juga harus meletak semua jawatan dalam kerajaan terutama sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dalam kes rogol gadis bawah umur yang masih kekal dalam ingatan rakyat,” katanya.

3 comments :

  1. 2 MANUSIA DI ATAS USDAH LAH BERCASKAP TENTANG MORAL DAN INTRIGITY RAKYAT DAH LAMA TAHU TENTANG MORAL ANDA BERDUA USAH LAH NAK TIPU RAKYAT, RAKYAT THN 50 AN BOLEH LAH NI RAKYAT DAH NAIK KEBULAN..ALLAH TAHU APA YG SEBENARNYA ANDA TELAH BUAT..SEELOK2NYA BERTAUBAT LAH ITU PUN KALAU ALLAH BUKA KAN PINTU HATI ANDA UTK BERTAUBAT JIKA TIDAK ANDA AKAN JD MANUSIA YG PALING MUFLIS D AKHIRAT KELAK...JGN LAH JADI manusia yg ' kufur nikmat '

    ReplyDelete
  2. Kedua-dua pemimpin umno dulu dan kini itu bukan saja tidak layak bercakap pasal moral dan akhlak malah mereka tidak layak untuk diberikan sebarang jawatan yang menerima upah dari duit cukai rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  3. walau apa pun angapan terhadap mereka tetapi mereka menpunyai kekuatan yg amat kuat kerna apa yg mereka laku mereka mepertanggong jawab tiada berdolak dalih,,itu satu sifat yg amat bagus,,apa yg kita laku pasti allah tahu dan tunggu lah balasan allah kira nya benar kita lakukan,,kita tunggu,,,jawapan pasti ada hanya lambat atau cepat,,,sabelum menudoh org,apa kah kita bermural,,,,,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails