BREAKING NEWS

Wajib 'Ketuk Kepala' Mahathir Kerana Menghina Islam


1) Dr Mahathir berucap pada Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".
 
2) Dr Mahathir berucap pada 5 September 1997, di PWTC, Perhimpunan Agung UMNO.
"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". 

3) Dr Mahathir berkata didalam akhbar Utusan Malaysia, 19 Julai 1997.
Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31) Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)


4) Dr Mahathir berucap pada Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
"Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah siapa pilih."
 
5) Dr Mahathir berucap pada 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO Di PWTC.
" Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata membuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

1 comment :

  1. Mai kiter doakan TDM (Tun Dr. Mahathir) dipjgkan umurnya, disihatkan fikirannya (x nyanyok) supaya beliau dpt tengok hasil tangan najisnya memecahbelah melayu islam mesia semasa memengang tanpok kuasa dulu... tapi nampak cam dah nyanyok2 daah... laamaaaa daaaaah. huuuu.huuuuuuu....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails