Mahathir: Melayu boleh disatu jika ‘ketuk kepala’ Nik Aziz, Anwar
Posted by Unknown on 11:48 AM in Mahathir | Comments : 2
KUALA LUMPUR, 1 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan masalah itu berpunca daripada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.
“Cara mudah, ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka,” kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.
Dalam kebanyakan ucapannya sejak Mac 2008, Dr Mahathir mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga dan kuasa politik semakin mengecil dan tidak menolak kemungkinan akan menjadi macam orang Melayu Singapura.
Beliau juga menyifatkan usaha menyatupadukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan, Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum Pakatan Rakyat untuk ke arah itu.
“Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. Anwar dengan dasarnya untuk sampai ke Putrajaya dan Nik Aziz adalah seorang ‘opportunist’. Tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka,” katanya dipetik Bernama.
Dr Mahathir berkata dalam keadaan kepercayaan kepada Umno juga goyah, orang Melayu kini diletakkan dalam keadaan serba-salah untuk memilih parti yang boleh dipercayai, justeru menyifatkan kaum Melayu kini dalam “Malay Dilemma 2”.
Beliau berkata demikian pada wacana “Kaum Melayu dan Masa Depan” anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.
Justeru, kata bekas perdana menteri, Nik Aziz rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.
“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.
“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.
Menyentuh mengenai isu ketuanan Melayu, Dr Mahathir secara sinis berkata orang Melayu tidak perlu untuk terus mendakwa diri mereka sebagai “Tuan” jika mereka sebenarnya hanya merupakan “kuli” kepada orang lain.
Menurutnya kata-kata “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” perlu dinilai semula agar dapat ditentukan apakah generasi Melayu yang sebenarnya yang mahu dikekalkan.
“Kita harus tanya Melayu bagaimana yang kita tidak mahu hilang dari dunia ini . . . yang kita mahu ialah Melayu yang tidak hilang ialah Melayu yang gagah, kaya, ada ilmu, cekap dalam perniagaan, pengurusan dan sebagainya,” katanya.-tmi
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
melayu jadi hancur sbb dak takde keyakinan dengan pemimpin umnoingok.. sbb tu cari alternatif lain.Pakatan sedia, malahan pas sanggup ganti umnongok.tapi balaci yang dah menjarah duit negara ketakutan..kalau pakatan menang,depa kena korek..korek..korek..
ReplyDeletemahathir, mahathir. bukankah kamu yang 'terajang' pas keluar dulu? bukankah kamu yang musnahkan harun idris? bukankah kamu yang mengisakan 'tiga abdul' dulu? kamu lakukan itu semua sambil berselindung di belakang hussein onn? kamu nyahkan mereka2 yang kamu lihat boleh menghalang agenda kamu. mana ada timbalan kamu yang selamat dalam era kamu? jangan ingat semua melayu bodoh...
ReplyDelete