BREAKING NEWS

Pertubuhan Yahudi desak Amerika putuskan hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah dedahkan hubungan kerajaan Malaysia dengan APCO



KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika
meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh
Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO
dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community,
yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan
anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin,
Naib Presiden Executif  B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika
memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry,
Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa
Syarikat.

Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic
Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika
dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan
propaganda anti-Sematic.

Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak
yang anti Yahudi atau Israel.

Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak
dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak
boleh diterima.

"Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung
dalam menguruskan kerajaan.

"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis,"
kata surat itu.

Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat
perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.

Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online
yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah
pihak di Israel.






"Memandangkan peranan  Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik
Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan
dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.
Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan
Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang
berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi
yang dianggap mereka sah itu.
-Harakahdaily   

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails