Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan perasaan simpatinya terhadap Datuk Bung Mokhtar dan isterinya Zizie Izette A Samad yang didapati bersalah menikah tanpa kebenaran oleh mahkamah rendah syariah.
"Dalam masa yang sama, kita boleh melihat berbagai filem dan aktiviti seni yang berpelukan dan bermesraan atas pentas, ditonton ramai tidak pernah diambil tindakan.
"Jika pun pihak jabatan agama ingin membendung salah laku atau salah guna poligami, buatlah peruntukan undang-undang yang tegas kepada suami yang berpoligami tetapi tidak menjalankan tanggungjawab," katanya.
Semalam, selain dijatuhi penjara sebulan, Bung Mokhtar - ahli parlimen Kinabatangan - didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Isteri keduanya, Zizie - seorang pelakon - pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.
Dalam satu kenyataan semalam, Dr Mohd Asri berpendapat, bagi membendung ketidakadilan poligami dengan menghalang poligami hanyalah meningkatkan maksiat semata-mata.
"Malanglah, jika yang berkahwin diambil tindakan, tetapi 'ada yang ternama tidak berkahwin' bebas dengan pasangannya yang ternama," kata Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
"Malanglah, jika yang berkahwin diambil tindakan, tetapi 'ada yang ternama tidak berkahwin' bebas dengan pasangannya yang ternama," kata Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
Sementara itu Wanita PKR Selangor pula mempunyai pandangan berbeza dengan tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya itu.
Seragamkan undang-undang, elak kekeliruan
Dalam kenyataannya semalam, sayap wanita PKR negeri itu "mengucapkan tahniah kepada Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad kerana tegas menangani isu berkaitan poligami."
"Wanita Keadilan Selangor memandang serius isu poligami tanpa izin. Perkara ini boleh menjelaskan keharmonian keluarga sekiranya tidak ditangani. Dengan kadar penceraian yang sangat tinggi di Selangor hal ini perlu dipandang serius.

Dalam satu kenyataan semalam, Haniza yang juga timbalan speaker Selangor turut mencadangkan supaya undang-undang berkaitan poligami diseragamkan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
"Jika seorang ahli parlimen (Seperti Bung Mokhtar) boleh melakukan pelanggaran terhadap undang-undang berkaitan poligami mungkin kerana keliru, apa lagi masyarakat biasa yang mungkin tidak jelas dengan undang-undang yang ada," kata ADUN Kampung Medan itu.-mkini
Post a Comment