BREAKING NEWS

Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) akan menyertai Pakatan Rakyat



KUALA LUMPUR, 20 April: Menjelang pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya negeri Sarawak, Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) akan menyertai Pakatan Rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Dengan penyertaan Snap, Pakatan Rakyat yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 kini akan dianggotai oleh empat parti yang sebelum ini ada tiga sahaja iaitu PKR, PAS dan DAP.

Penyertaan satu lagi parti politik ke dalam Pakatan dijangka akan memberikan sokongan moral yang besar kepada PKR yang sedang menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Pengerusi SNAP kini ialah Edwin Dundang yang menyebabkan penyingkiran dari Barisan Nasional pada 2006 dan telah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2006 dengan tiket sebagai pembangkang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 8 Mei sebagai tarikh hari penamaan calon, manakala 16 Mei hari pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Sibu. Pilihan raya negeri pula dikatakan akan diadakan pada tahun ini juga.

Pilihan raya kecil Sibu diadakan ekoran kematian Datuk Robert Lau, anggota Parlimen kawasan berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat pada 12 April lalu berhubung kekosongan kerusi bahagian itu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau pada 9 April.

"Sebanyak 54,695 pemilih berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos akan menjalankan kewajipan mereka terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

"Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan," katanya.-harakahdaily

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails