Sabtu lalu, akhbar harian Cina itu menyiarkan laporan bahawa Musa telah mengemukakan surat perletakan jawatannya kepada Hishamuddin dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beberapa jam selepas berita itu disiarkan, Musa (bawah) dan Hishamuddin segera menafikannya.
Kementerian Dalam Negeri juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press menuntut penjelasan mengapa berita itu disiarkan sedangkan kerajaan menganggapnya sebagai tidak tepat dan belum disahkan lagi.
“Dalam hal ini, ia bukan sahaja membabitkan KPN, tetapi empat daripada tujuh pengarah yang mengetuai divisyen dalam PDRM akan bersara tahun ini. Malah, seorang daripada pengarah itu sedang bercuti, menjelang tamatnya tempoh perkhidmatan beliau.”
Menurut Hishamuddin, peralihan itu sebagai “peluang bagi melihat lembaran baru dalam sejarah polis.”
“Saya sudah tahu siapa yang akan menggantikan KPN, saya juga tahu siapa akan menggantikan pengarah, jabatan siasatan jenayah perdaganagan. Jadi tidak perlu membuat spekulasi dan membuat laporan berita tanpa asas,” katanya lagi.-mkini
Post a Comment