BREAKING NEWS

Hukuman sebat keatas seorang pendatang asing telah dijalankan walaupun kesnya masih pada peringkat rayuan.

illegal immigrants roundup 010305 group
MAFIABOSS2U:
Sehari selepas Malaysia dikecam kerana rekod asasi yang buruk , seorang lagi pendatang asing dihukum meskipun kesnya masih pada peringkat rayuan.

Mohd Ibrahim, 27, dilapor disebat di penjara Kajang pada 26 Nov 2009 – sehari sebelum umat Islam meraikan Aidil Adha.

Januari tahun lalu, rakyat Indonesia itu ditahan atas tuduhan memalsukan pasportnya. Ibrahim kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun mengikut Akta Imigresen 1963 pada bulan September lalu.

Dia kemudiannya mengemukakan rayuan pada Oktober tetapi baru-baru ini, peguamnya Renuka Bala berkata anak guamnya telah disebat.

Renuka melahirkan rasa kecewa kerana tindakan diambil sebelum rayuannya itu didengar.

“Ini jelas melanggar peraturan. Ia menjadikan proses rayuan tidak lagi berfungsi. Pihak penjara perlu dipertanggungjawabkan,” katanya.

Menurut Renuka, Ibrahim dikenakan tiga sebatan dan perkara itu dimaklumkan kepada beliau pada Isnin lalu.

Mahkamah Jenayah, hari ini menetapkan 22 Feb bagi mendengar rayuan Ibrahim.-

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails