Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyelar tindakan Kerajaan Pusat yang bersikap tidak adil dalam pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen
Posted by Unknown on 1:24 AM in | Comments : 0
MAFIABOSS ONLINE:
ALOR SETAR, 14 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyelar tindakan Kerajaan Pusat yang bersikap tidak adil dalam pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen terutamanya kepada wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR).
Menurut beliau lagi tindakan Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP), tanpa memberikannya terus kepada Ahli Parlimen PR membuktikan bahawa mereka seolah-olah menafikan hak rakyat yang telah memberi mandat dan sokongan serta kepercayaan kepada Ahli Parlimen PR untuk menjadi wakil mereka.
"Demi untuk kebaikan rakyat maka Kerajaan Pusat sepatutnya menyalurkan peruntukan tersebut secara terus kepada jabatan di peringkat negeri. Ini akan memberikan kesan yang lebih baik kepada rayat apabila jabatan yang menerimanya di peringkat negeri mempunyai maklumat terperinci mengenai keperluan sebenar rakyat dalam daerah-daerah tertentu," kata Azizan.
Kata Azizan, sepatutnya Kerajaan Pusat tidak mengamalkan sikap prasangka dan mengenepikan kepentingan rakyat hanya kerana ideologi politik yang berbeza.
Sebagai sebuah Kerajaan yang memerintah Pusat maka mereka harus lebih telus dan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat dengan mengenepikan fahaman politik yang berbeza ini, katanya.
Menurutnya, ini bukanlah satu masalah baru.
Perkara ini telah sekian lama dibangkitkan oleh ahli Parlimen PR tetapi ia tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Pusat walaupun telah diuar-uarkan supaya mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat terlebih dahulu daripada kepentingan lain walalupun berlainan fahaman politik, katanya lagi.-harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment