BREAKING NEWS

Kartika sembunyikan kes cerainya dan apakah sudah tiada lagi kemaafan untuk Kartika yang semakin retak hatinya.





IPOH: "Saya menyembunyikan lafaz cerai ini termasuk
daripada pengetahuan ibu bapa kerana tidak mahu
mengganggu perasaan mereka.

"Sekarang, saya tidak sanggup lagi hidup dalam
keadaan tertekan kerana anak saya, Wann Kaitlynn
sudah mula menerima kesan daripada kesedihan saya,
" kata Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, ketika ditemui
di sini, semalam.

Kartika yang menunggu hukuman sebat kerana
didapati bersalah meminum arak, kini dalam
proses perceraian dengan suaminya,
Mohamad Afandi Amir, 38, warga Singapura.

Kartika berkata, Mohamad Afandi dijadual
memfailkan permohonan cerai itu di Mahkamah Syariah
Kuala Kangsar satu atau dua minggu lagi.

Menurutnya, suaminya melafazkan cerai di rumahnya
di Singapura pada Mei lalu sebelum melaporkan lafaz
berkenaan di Mahkamah Syariah Bishan, Singapura
sehari kemudian.




Kartika mendirikan rumah tangga dengan
Mohamad Afandi, seorang jurutera rangkaian
agensi berita antarabangsa di Singapura
pada 1997 dan dikurniakan dua cahaya mata
iaitu Mohamad Azfar, 7 dan Wann Kaitlynn Saridewi, 5.

Kartika yang berasal dari Kampung Jawang Utara,
Sungai Siput berkata, perkahwinannya dilangsungkan
di Singapura dan didaftarkan di Kuala Kangsar.

Dia yang menangis setiap kali menjawab soalan ketika
ditemu bual berkata, penangguhan hukuman sebat
sejak lima bulan lalu memberi tekanan tinggi kepadanya
dan turut mengakibatkan tekanan perasaan kepada
anak keduanya, Wann Kaitlynn.

"Saya cuba menyembunyikan perasaan setiap kali

bersedih dan menjauhkan diri daripada Wann Kaitlynn
tetapi dia masih boleh merasai jiwa saya.

"Kami sekeluarga membawa dia ke taman tema
dan mandi di kolam renang hotel untuk mengurangkan
tekanan.

"Wann Kaitlynn juga merindui ayahnya yang dipanggil
'Daddy Cool' kerana saya pulang ke Singapura sebulan
sekali saja selepas mahkamah menjatuhkan hukuman,"
katanya.




Post a Comment

Related Posts with Thumbnails