BREAKING NEWS

Ayoyo!! Samy!! Bodek Nampak!!


MAFIABOSS2U:

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata Datuk Seri Najib Tun Razak, yang belumpun cukup setahun dilantik sebagai Perdana Menteri, telah banyak membawa perubahan dalam pentabiran negara khususnya dalam membantu kaum minoriti.

Beliau berkata kehadiran Najib malam semalam di Batu Caves bagi menyaksikan sambutan Thaipusam membuktikan kerajaan prihatin terhadap masyarakat India negara ini.

"Bagi masyarakat India kehadiran Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di sambutan Thaipusam semalam adalah amat cukup istimewa," katanya kepada pemberita pada sambutan Thaipusam di Batu Caves di sini Sabtu.

Najib pada Jumaat mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri kedua yang mengunjungi kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves bagi menyaksikan sambutan Thaipusam. Yang pertama adalah ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein.

Ini adalah kali kedua Najib melawat Batu Caves, pertama kali pada 9 Ogos tahun lepas bagi melancarkan karnival 1Malaysia anjuran kuil Sri Maha Mariamman.

-- BERNAMA

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails