BREAKING NEWS

Aduka Taruna memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya



MAFIABOSS2U:

Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia.

Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini.


Dah mampos buat cara mampos la.

Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan.

Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya.

Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa saya tidak lagi membawa imej persendirian, sebaliknya membawa imej satu kumpulan jalan sisi untuk Islamic State.

Jadi dengan ini.

1. Saya memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjuran saya.

2. Berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

3. Menarik semula artikel luar norma kemanusiaan itu dari blog saya sebagai tanda saya akui kesalahan saya.


Yang benar,

AdukaTaruna

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails