BREAKING NEWS

MCA Bahagian Pasir Gudang menggesa agar aktiviti presiden parti itu Datuk Seri Ong Tee Keat di Johor dipulaukan.




JOHOR BAHARU, MCA Bahagian Pasir Gudang menggesa agar aktiviti presiden parti itu Datuk Seri Ong Tee Keat di Johor dipulaukan kerana beliau telah mengkhianati kepercayaan anggota terhadapnya.

Ketua bahagian itu Tan Cher Puk yang juga bendahari MCA Johor berkata Ong yang juga pengerusi MCA negeri ini, sepatutnya meletakkan jawatan selepas Mesyuarat Luar Biasa (EGM) parti itu pada 10 Okt lepas kerana beliau tidak mendapat sokongan sebagai presiden MCA.

"Kita meminta beliau menunaikan janjinya bahawa beliau akan meletak jawatan walaupun beliau tewas hanya satu undi. Jika beliau gagal berbuat demikian, dan dari sekarang MCA Bahagian Pasir Gudang akan memulaukan semua acara beliau," kata Tan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya.

"Kita tidak mahu mengaitkan diri kita, pada hakikatnya kita malu dilihat dengan seorang pemimpin yang tidak pegang janji," kata beliau.

Bahagian itu juga memberikan sokongannya kepada timbalan pengerusi MCA negeri Datuk Tan Kok Hong yang juga seorang naib presiden parti berkenaan.

"Kita serah kepada kebijaksanaan Datuk Tan untuk memutuskan apa yang terbaik untuk MCA Johor. Kita juga menyokong anggota kumpulan Jawatankuasa Pusat (CC) yang meminta agar EGM baru diadakan," tambah beliau.

-- BERNAMA

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails