BREAKING NEWS

JANGAN BIMBANG HADAPI PRU 13,LETAK CALON-CALON PERASUAH PUN MESTI MENANG PUNYA!!

UMNO Masih Bimbang Hadapi PRU13..?

Ketiga-tiga sayap UMNO diminta menetapkan Penunjuk Prestasi Utama Politik (PKPI) bagi memastikan UMNO kembali menjadi parti yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang memberi harapan kepada segenap lapisan rakyat.



Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penunjuk prestasi berkenaan bermatlamat menambah ahli baru, mendaftar pengundi baru dan membentuk jaringan dengan pertubuhan bukan kerajaan.

"Saya memberi tempoh dua tahun untuk saudara-saudari mencapai sasaran. Kita sudah tidak ada masa. Gerakan ini mesti bermula sekarang," katanya ketika merasmikan secara serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Putra (PWTC) di sini malam ini.

Sambil mengiktiraf sumbangan pemimpin dan ahli ketiga-tiga sayap itu dalam menyumbang bakti kepada parti dan orang Melayu serta sentiasa berada di barisan hadapan mengarak panji-panji parti, Muhyiddin bagaimanapun berkata, semua itu belum memadai sekiranya rakyat belum merasai.

"Pilihan Raya Umum Ke-12 menjadi bukti generasi muda yang masih belum menghayati perjuangan UMNO sepenuhnya manakala UMNO tidak dilihat memenuhi aspirasi generasi muda dengan pemikiran segar.

"UMNO dilihat sebagai parti eksklusif yang semakin renggang daripada massa. Gerakan kerja parti dalam hal penambahan ahli dan pengundi baru pula kelihatan lesu. Inilah antara contoh-contoh cabaran yang belum ditangani," katanya sambil menambah generasi muda pada hari ini adalah generasi yang mengutamakan cetusan akal, bukan letusan emosi.

"Justeru tidak ada jalan pintas bagi kita untuk menyantuni generasi muda melainkan kita dapat meyakinkan mereka dengan asas-asas perjuangan kita secara tuntas dan rasional," katanya.

Muhyiddin berkata, biarpun hari ini kebangkitan semangat Wanita, Pemuda dan Puteri sudah mula dapat disaksikan namun ia perlu dikentalkan lagi.

"Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri mesti mara ke hadapan sebagai satu pasukan yang mantap dan padu untuk memikul amanah perjuangan.

"Setialah kepada prinsip, satukanlah hati, bulatkanlah tekad, bergeraklah dalam satu wadah menuju satu matlamat. Hindarilah kemilau harta dan permata yang melemahkan daya juang, jauhkanlah diri daripada perebutan kuasa yang membinasa, jadilah jurubicara hati nurani rakyat yang berkat," katanya.

Timbalan Presiden itu bagaimanapun yakin kepimpinan ketiga-tiga sayap mampu mendepani cabaran berkenaan.

"Maka garaplah segala potensi, gilaplah kerohanian diri, tingkatkanlah ilmu, kuasailah kemahiran, manfaatkanlah kecerdasan minda dan perkukuhkanlah kualiti kepimpinan supaya UMNO kembali menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang memberi harapan kepada segenap lapisan rakyat jelata," kata beliau. -Utusan




Post a Comment

Related Posts with Thumbnails