BREAKING NEWS

HAPUSKAN AMALAN DOUBLE STANDARD!! TEGAKKAN 1 MALAYSIA UNTUK SEMUA!!

'Double standard' sukarkan perpaduan nasional BN

KUANTAN, 20 Okt: Kerajaan Umno BN mesti melaksanakan peruntukan-peruntukan perlembagaan dalam semangat federalisma yang betul sebelum berkira-kira mahu mewujudkan perpaduan nasional.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya berpendapat perpaduan nasional tidak dapat direalisasikan hanya dengan melaungkan slogan 1 Malaysia, sedangkan realitinya masih banyak tindakan yang bersifat 'double standard'.
"Bila menyebut soal perpaduan ia mestilah dalam konteks yang menyeluruh bukan bersifat perpaduan nasional untuk Barisan Nasional sahaja, tetapi mestilah diasaskan kepentingan rakyat dan negara keseluruhan," katanya.
Beliau juga memberitahu perpaduan tidak boleh wujud atas asas perkauman yang sempit sebagaimana yang diamalkana oleh parti-parti perkauman dalam BN.
"Bila bercakap soal perpaduan bukan dilihat pada ucapannya sahaja tetapi perlu dibuktikan pada kesungguhan dalam amalan.
"Masih banyak amalan yang dilakukan pemerintah Umno BN yang tidak menunjukkan mereka bersungguh-sungguh mewujudkan perpaduan," katanya.
Mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mahu orang ramai membantu membincangkan soal perpaduan, Tuan Ibrahim menegaskan BN perlu membebaskan dahulu sekatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat sebelum menyeru rakyat berbuat demikian.
"Kita lihat bagaimana penyaluaran bantuan dan peruntukan kerajaan persekutuan tidak dibuat berasaskan semangat federalisma. Mereka salurkan peruntukan yang sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kepada pegawai persekutuan. Ini yang berlaku di Kelantan dan dilain-lain negeri sejak sekian lama.
Beberapa tindakan kerajaan pusat yang didakwa 'double standard' masih berlaku dan amalan itu katanya adalah pengganggu utama hasarat mewujudkan perpaduan nasional.
"Kita mahu semua pihak menghormati satu sama lain. Pemerintah menghormati keputusan rakyat memilih kerajaan mereka.
"Begitu juga dalam aspek pentadbiran, hentikan sekatan yang amat tidak bermoral seperti yang pernah dilakukan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Noh Omar, Julai lalu yang melarang sebarang kerjasama oleh kakitangan di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri diperintah Pakatan Rakyat," katanya. _
Sumber:harakahdaily

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails