BREAKING NEWS

BETAPA HIPOKRITNYA UMNO DENGAN CALON KORUP KEBANGGAAN MEREKA ITU!!"Dulu Umno serang Nik Aziz, dalam pilihan raya Bagan Pinang ini Umno berpusing habis, dia tunjukkan mereka simpati dan sayang kepada Tok Guru Nik Aziz pula"

PRK N31 BAGAN PINANG..ANTARA CALON BERSIH DAN CALON KORUP..

Dulu serang, kini tunjukkan sayang 

 


TELOK KEMANG, 10 Okt: Ketika menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Umno mengambil pendekatan memukul dan menyerang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, namun di Bagan Pinang, Umno mengambil pendekatan baru...kami hormat Nik Aziz.

Sebab itulah di mana-mana sahaja anda akan jumpa papan tanda besar gambar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menziarahi Nik Aziz ketika Menteri Besar Kelantan itu dirawat di hospital.
"Dulu Umno serang Nik Aziz, dalam pilihan raya ini Umno berpusing habis, dia tunjukkan mereka simpati dan sayang kepada Tok Guru (Nik Aziz) pula," kata Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar.
Beliau merujuk kepada billboard yang dipasang Umno di merata-rata tempat dalam pilihan raya Bagan Pinang ini.
Dalam pilihan raya lalu, Nik Aziz menjadi sasaran jentera khasnya media Umno untuk menyerangkan, namun terbukti PAS menang besar di Permatang Pasir.
Image
Dalam ceramahnya malam tadi, Datuk Seri Anwar Iberahim menyifatkan tindakan Umno ini sangat tidak beretika dalam kempen mereka.
Umno sanggup berbuat demikian untuk memainkan sentimen rakyat bagi menunjukkan bahawa Najib adalah seorang yang baik.
Anwar yang juga ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh berkata, ia merupakan sesuatu yang peribadi, dan tidak seharusnya dijadikan bahan kempen.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan Najib sekiranya mahu menunjukan perwatakan yang baik supaya jangan zalim pada rakyat, jangan memfitnah, bekerja kuat bantu rakyat miskin dan jangan gunakan gambar lawatan ke hospital sebegitu untuk kepentingan politik. _


1 comment :

  1. betul... tp pas jgn lupa pulak yg dulu kesian kat Najib sbb buruk dek pak lah pasal scandal Altantuyaa... skrg benci sbb Altantuyaa... dulu umno kafir sbb join dgn MCA n MIC skrg DAP join pas plak...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails