BREAKING NEWS

TALIAN HAYAT YANG DIGUNAKAN BN HANYA MEMBUATKAN RAKYAT SEMAKIN MARAH DAN SEMAKIN MEMENDEKKAN HAYAT BN SENDIRI!!

Pemuda: Henti ganggu Malaysiakini

Pemuda Gerakan menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar menghentikan "gangguannya" terhadap Malaysiakini.

Tindakan menyiasat akhbar web itu - secara intensif selama beberapa hari minggu lalu - bertentangan dengan hasrat kerajaan yang menekankan kebebasan bersuara, kata Naib Ketua Pemuda Gerakan, Liang Teck Meng.

"Ia bercanggah dengan semangat laporan secara adil yang berhak diperolehi oleh orang ramai," katanya, yang juga ahli parlimen Simpang Renggam, dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri berjanji untuk tidak menapis Internet - sewaktu muncul ura-ura kerajaan ingin menggunakan satu perisian demi menapis bahan-bahan lucah dan hasutan.

Semalam, sekumpulan NGO hak asasi dan penulis blog berkumpul secara aman di depan pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur (foto kanan) sebagai membantah tindakan SKMM menyiasat portal berita itu selama empat hari mulai 5 September lalu.

Siasatan itu dibuat selepas Malaysiakini enggan menarik balik dua klip video isu demonstrasi mengarakkan kepala lembu di Shah Alam hujung bulan lalu dan juga sidang media menteri dalam negeri, selepas bertemu penganjur perhimpunan tersebut, 2 September lepas.

Suruhanjaya itu dipercayai akan mengambil keterangan terakhir Ketua Pegawai Eksekutifnya Premesh Chandran (foto kiri), sekali lagi, dalam masa terdekat selepas menyiasat sekumpulan besar video, wartawan, juruvideo dan kakitangan teknikal yang menerbitkan dua video berkenaan.

SKMM juga menyiasat syarikat swasta yang menempatkan pelayan web Malaysiakini di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada 8 September, manakala satu lagi pelayannya di pusat data Jaring, Sungai Besi dikunjungi sekumpulan pegawai suruhanjaya itu, Jumaat lalu.

Sabtu lalu, MCA dilaporkan turut menggesa SKMM memberhentikan siasatan bertubi-tubinya terhadap Malaysiakini yang boleh dilihat sebagai satu gangguan yang mengekang kebebasan akhbar.
Sumber:malaysiakini

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails