BREAKING NEWS

MAKSIAT DAN JUALAN ARAK TAK MAU PANTAU KA?? PAS mahu JAWI pantau agenda jahat Umno kongkong masjid


Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali berkata, tidak ada ertinya jika pemilihan ahli jawatankuasa masjid dan surau di Wilayah Persekutuan hanya dimonopoli oleh orang-orang Umno saja, jika masjid dan surau mandom dari sebarang aktiviti yang boleh membangunkan ummat

Tegasnya, ini tidak selari dengan kehendak kerajaan yang mahukan orang Melayu Islam perlu bersatu padu tetapi dalam masa sama mereka membuat kerja-kerja yang boleh memecah belahkan masyarakat Islam, malah ada yang mengongkong masjid dengan tidak membenarkan pelbagai aktiviti pengimarahan dijalankan.


Beliau yang dihubungi Harakah berkata, dari awal lagi Umno menunjukkan mereka mahu memecah belah masyarakat jika pemilihan AJK masjid dan surau hanya dimonopoli kumpulan mereka.

Dakwanya lagi, di Titiwangsa sendiri beliau diberitahu berlaku pemberian wang untuk kaum wanita datang beramai-ramai memilih calon AJK surau.

"Saya dimaklumkan memang berlaku perkara ini dan nampak sangat mereka sudah dilatih dengan politik wang. Macam mana hendak mengimarahkan masjid dan surau jika mereka yang dipilih itu disebabkan sogokkan wang," katanya.

Beliau berkata, sepatutnya AJK yang dilantik itu orang yang mengimarahkan masjid bukannya kerana mewakili politik tertentu.

Baru-baru ini Badan Bertindak Imarah Masjid Surau Wilayah Persekutuan (Imarah) yang diketuai Haji Ishak Surin telah menyerahkan memorandum kepada Pengarah Jawi berhubung dengan perlantikan AJK masjid seluruh masjid Wilayah Persekutuan bagi sesi terbaru yang didakwa mendapat campurtangan Umno.

Pada 20 Julai lalu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Syed Ali Al-Habshee dipetik sebuah akhbar menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu Dr Lo'Lo berkata, bagi perlantikan AJK surau atau masjid tidak perlu dikuasai parti-parti politik sebaliknya orang yang dilantik itu perlu dipilih daripada mereka yang benar-benar memakmurkan masjid.

"Saya tidak kisah Umno, PAS atau 'non partisan' semuanya boleh pegang jawatan asalkan mereka aktif dan selalu ke masjid. Yang penting mereka mesti menjalankan tugas dan amanah mengikut arahan sewajarnya," katanya.

Namun, apa yang berlaku AJK yang dipilih itu ada yang jarang ke masjid tetapi dipilih kerana politik wang ataupun pemimpin Umno setempat. Pemilihan orang-orang seperti ini ujarnya amat tidak adil dan jelas berlaku permainan politik.

Oleh kerana itu, Dr Lo Lo mahu pemilihan AJK masjid hendaklah ditentukan ahli khariah dan dipantau sendiri pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

By:Paktam

Sumber:detikdaily

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails