BREAKING NEWS

DEMO DAH HABIS LE,LAMBAT BEBENOR PUN!! Pemuda Pas dicabar bersama Pemuda UMNO tentang pihak hina Islam




MARANG 7 Ogos - Pemuda UMNO hari ini mencabar Pemuda Pas yang selama ini ini mendakwa mereka memperjuangkan Islam supaya sama-sama menyertai pergerakan itu mengutuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pihak-pihak tertentu dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Shah Alam pada 14 Ogos.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya ingin melihat sejauh mana pendirian dan keberanian Pemuda Pas dalam mengutuk sikap lantang pihak tertentu termasuk rakan sekutu mereka DAP yang semakin berani menghina agama Islam akhir-akhir ini.

“Pemuda UMNO akan menganjurkan satu ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat untuk kita menentang penghinaan agama Islam itu dan saya jemput Pemuda Pas untuk bersama dengan kita atas pentas Pemuda UMNO pada malam tersebut.

“Ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan...kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama,” katanya. - Bernama

Sumber:bernama

1 comment :

  1. aku tk tau ceritas pasal dap hina agama..ko ada link tk?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails