BREAKING NEWS

BARU MAU INGAT KA?? Kongres tuntut jaga kepentingan Islam-Melayu

Runsing terhadap sikap kerajaan yang dianggap tidak mempunyai dasar tegas dalam menangani permintaan pelbagai kaum, satu persatuan mahasiswa menganjurkan seminar bagi menegaskan kepentingan Islam sebagai teras kenegaraan.

"Keadaan sekarang seperti pada tahun 1969, yang kelihatan seolah-olah tiada dasar yang tegas dalam sesuatu perkara.

"Kita kadangkala ikut permintaan kaum lain (bukan Melayu) sehingga kadangkala terlebih bayar," kata exco pendidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Abu Qassim Nor Azmi.

Esok, persatuan mahasiswa Islam itu menganjurkan seminar sehari bertajuk 'Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan' yang dikelolakan bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) di Kompleks MAYC di ibu negara.

Menjelaskan kebimbangannya, Abu Qassim berkata, ia sudah lumrah disuarakan NGO Melayu-Islam bagi menegaskan keperluan "perlindungan minumum" kepada kaum ini dalam pelbagai aspek, seperti pemberian kuota pendidikan.

Beliau, yang juga pengarah program itu, berkata kongres itu juga ingin menegaskan tiga lagi teras utama kenegaraan - perpaduan rakyat, integriti dan jati diri Malaysia dan kecemerlangan ekonomi.

Tambahnya, resolusi seminar tersebut akan diberikan kepada pemimpin utama BN dan Pakatan Rakyat yang terlibat menggubal dasar negara mulai minggu depan.

"Resolusinya akan dikemukan kepada pelbagai pihak, terutamanya yang terlibat dalam penggubalan dasar seperti ahli parlimen, tidak mengira parti," katanya.

Abu Qassim, juga exco PKPIM berkata, kira-kira 250 pelajar mengesahkan akan menyertai seminar itu, termasuk dari Indonesia, Thailand dan Maghribi.

Empat sarjana diundang membentangkan kertas kerja bagi mengupas kepentingan teras-teras itu, Prof Dr Wan Mohd Noor Wan Daud dan Dr Sarjit Singh Gill.

Dr Wan Mohd Noor akan membentangkan kertas berjudul "Kepentingan Memahami Peranan dan Sumbangan Islam Sebagai Teras Kenegaraan", manakala Dr Sarjit Singh pula membentangkan "Perpaduan Melayu lawan Perpaduan Nasional?"

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah akan menyampaikan ucap utamanya dalam persidangan tersebut.

Sumber:malaysiakini

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails