BREAKING NEWS
Showing posts with label Umno Perompak. Show all posts
Showing posts with label Umno Perompak. Show all posts

Kegagalan Mahathir Kini Jelas Di Mata Dunia


 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak media asing kerana laporan mereka terhadap cara kerajaan Malaysia menangani kehilangan pesawat MH370. Mungkin Tun Mahathir turut merasakan bahawa media asing juga mengkritik legasi beliau yang dipenuhi amalan korupsi. Kejayaan yang beliau kecapi dicemari pelbagai tohmahan di dalam sekelip mata akibat insiden ini.

Pengurusan lemah dan kebanggaan palsu dibiarkan berleluasa ketika era pentadbirannya. Namun segalanya kini didedahkan buat tatapan dunia. Adakah kita bersimpati dengan Mahathir? Tidak! Kita simpati dengan keluarga penumpang serta anak kapal MH370 yang dikecewakan pengurusan syarikat penerangan itu. Kita juga bersimpati dengan tanahair yang telah diperlekah, kerana amalan pentadbiran yang lemah telah berlaku selama berdekad lamanya.

Kita cuma dapat merasakan kasihan kepada Mahathir, tetapi kita juga perlu bertanggungjawab. Kita benarkan negara kita menjadi rosak binasa. Kita benarkan diri kita dimanipulasi pihak jahat yang merosakkan maruah kita bersama. Kegagalan kita menghukum pemimpin sebegini telah menyebabkan krisis MH370 gagal diuruskan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia.

Walaupun Mahathir betul apabila berkata situasi ini tidak dibantu pelbagai pihak yang membuat spekulasi ketika usaha mencari dilakukan, beliau salah apabila berpendapat bahawa usaha tersebut dibuat dengan baik. Ia sebenarnya memang huru hara sejak dari mula lagi.

Rakyat Malaysia memang tidak biasa dengan laporan akhbar yang telus, tetapi Mahathir sudah tentu melihat wajah-wajah kelam-kabut pihak berkuasa Malaysia yang terpampang di akhbar serta liputan berita luar negara. Pihak berkuasa kita gagal menjawab soalan yang diajukan kepada mereka atau ahli keluarga. Kemudian didapati, wartawan tidak dibenarkan bertanya manakala ahli keluarga dihalang berjumpa pihak media.

Pemimpin kita tidak pandai di bidang perhubungan awam. Mereka memberi kenyataan bercanggah, menarik balik kenyataan, menafikan serta menunjukkan sikap ‘tidak apa’. Ini jelas bagi ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang disoal berkaitan isu paspot yang dicuri.

Mahathir berkata “Mudah mengkritik, tetapi kita berdepan situasi yang tidak pernah terjadi di mana-mana negara di dunia.

“Jika anda kata Malaysia gagal, maka Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan semua negara yang terlibat di dalam usaha mencari gagal. Mengapa tidak dipersalahkan semua?”

Malaysia dikenali sebagai pusat pemerdagangan manusia, pengedaran dadah, barangan cetak rompak dan sindiket pertaruhan. Polis dan pihak berkuasa yang lain gagal menangkap dalang jenayah ini, walaupun tangkapan terhadap ikan bilis dibuat. Mahathir menyebabkan kehakiman terjejas dan keadilan sukar dilaksana. Pihak polis kita hilang wibawa.

Personaliti Mahathir juga sering dicemuh dan dasar berasaskan kaum yang dibuatnya memusnah negara.

Ketika eranya, anggota tentera kerap mengadu tentang masalah kenaikan pangkat. Yang berani dan menjalankan tugas diketepikan bagi memberi laluan kepada yang hanya pandai membodek. Sikap ini membunuh motivasi serta kesetiaan.

Kini bagi krisis MH370, ketua angkatan tentera amat memalukan. Perut buncit mereka memberi gambaran yang mereka tidak layak bagi tugas itu. Mereka tidak dapat bertutur Bahasa Inggeris dengan baik. Bagaimana anggota bawahan mahu berjaya sekiranya pemimpin tinggi mereka langsung tidak mendapat keyakinan?

Pihak British meninggalkan kita dengan pentadbiran awam yang baik, tetapi Mahathir merosakkannya. Ia semakin mengembung dan ramai yang tidak layak diambil menjadi kakitangan kerajaan. Mahahir menyemai sikap pemalas di kalangan mereka.

Kritikan bagi usaha mencari dan menyelamat datangnya dari pelbagai negara luar. Mereka melihat sendiri bertapa teruknya keadaan Malaysia selama berpuluh tahun. Mahathir, seperti kita semua, bakal melihat bagaimana isu MH370 ini bakal memberi kesan kepada perdagangan, pelaburan asing serta reputasi Malaysia.

Kritikan merupakan langkah yang perlu bagi kita mengubah negara ini. Sebelum ini Mahathir menggunakan ISA ke atas pihak yang menentangnya. Pengkritik dari luar negara pula sering dihantar pulang.

Beliau tentu benci kerana kini maklumat boleh disampaikan di dalan sekelip mata. Mahathir sudah tentu lebih gemar kebebasan akhbar di tahap minima. Namun MH370 menampakkan kelemahan pentadbiran Mahathir kepada semua. Media asing membawa liputan mengenainya ke ruang tamu di segenap pelusuk dunia dan Malaysia tidak dapat melepaskan dirinya lagi.

Pentadbiran Mahathir tidak mementingkan akauntabiliti. Ia tidak mahu bertanggungjawab dan asyik menggunakan wang rakyat. MAS telah gagal di dalam perbelanjaannya. Adakah Mahathir pernah dipersalahkan?

Rakyat Malaysia mahu kritikan membina agar perubahan dapat dilakukan. Kita tidak wajar menjadi terlampau sensitif. Mahathir tidak dapat melihat semua ini dan bertanggungjawab ke atas segala kegagalan. Beliau kerap berkata “Melayu mudah lupa”, tetapi itulah sikap beliau sebenarnya, yang turut melupakan asal usulnya.

Oleh Mariam Mokhtar

**Mariam Mokhtar merupakan "warga Malaysia yang berani berkata benar."

“Puthiya Nambikei”



Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) berpendapat ketua kerajaan sementara Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak cukup terdesak dengan menghantar perutusan khas sempena Pilihan Raya Umum ke-13 kepada semua pengundi masyarakat India, diseru menyokong calon BN dan memberi mandat kepada Barisan Nasional pada PRU13 nanti.

Dalam perutusannya, beliau memohon maaf kepada pengundi masyarakat India di atas kelemahan dan kesilapan pimpinan lepas dan meminta diberi satu peluang. Perutusan ini menimbulkan lima persoalan penting.

Persoalan Pertama: Mengapa mesej ini dipanggil perutusan? Biasanya Perutusan hanya diberikan kepada sambutan-sambutan yang penting. Apakah Najib anggap PRU13 sebagai satu sambutan yang rakyat akan tari-menari dan meriah? Tetapi, PRU13 adalah merupakan satu peristiwa penting dan serius yang mana rakyat akan menentukan masa depan negara yang cemerlang.

Persoalan Kedua: Mengapa perutusan ini hanya ditujukan kepada masyarakat India?  Kenapa masyarakat Melayu dan Cina tidak menerima perutusan ini? Atau, apakah mereka akan menerima perutusan lain yang kandungannya mungkin lain? Tapi, apa yang hairan ialah Bapa 1Malaysia yang setiap hari melaung-laungkan slogan 1Malaysia bertindak rasis. Kalau nak hantar, biarlah hantar mesej yang sama kepada semua rakyat. Mengapa perlu ada ‘double standard’. Ia nampak seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Persoalan Ketiga: Dalam perutusannya, Najib meminta maaf atas kelemahan pimpinan lepas. Tetapi, Najib gagal menyatakan dengan jelas pimpinan yang mana satu? Adakah pimpinan Abdullah Ahmad Badwi atau Mahatir Mohamad? Jika Najib kata Abdullah, maka dia adalah penderhaka. Abdullah cuba membawa perubahan dalam sistem pemerintahan. Ianya tidak disukai oleh pimpinan UMNO yang lain termasuk Najib yang merasakan kedudukan UMNO akan tergugat. Maka, Abdullah diberikan tekanan demi tekanan sehingga terpaksa letak jawatan dan serahkan kepada Najib yang memang tunggu-tunggu. Jika pimpinan lepas itu merujuk kepada Mahathir, maka sekurang-kurangnaya jujur sedikit dalam perutusannnya. Memang tidak dapat dinafikan, segala  kebinasaan yang berlaku adalah disebabkan Mahathir. Selama 22 tahun Mahathir dengan pentadbiran kuku besinya memecah belahkan perpaduan kaum. Dasar pecah dan perintah amalan British yang satu ketika ditentang hebat oleh Mahathir, telah digunakan dengan sebaik-baiknya. Masa inilah, ramai warga asing menjadi warganegara Malaysia, satu pengkhianatan yang tidak dapat dimaafkan. Ianya dilakukan demi survival politik Mahathir dan UMNO. Maka, Najib perlu menjelaskan pimpinan yang mana satu?

Persoalan Keempat: Andaikan pimpinan lepas yang Najib maksudkan adalah pimpinan Mahathir, maka jelas Najib mengakui bahawa pimpinan mentornya itu mempunyai banyak kelemahan dan kesilapan yang membawa negara kita ke tahap ini. Ia juga membawa keadaan sehingga Najib terpaksa memohon maaf. Jika sudah mengakui, mengapa Mahathir masih diberi ruang yang cukup besar dalam pentadbiran sekarang. Mahathir bermaharajalela dengan komen-komennya yang jelas memjejaskan perpaduan kaum. Mempunyai pengaruh dalam menentukan calon-calon rasis yang memang ditolak oleh semua lapisan masyarakat. Gambaran berlaku di mana Perdana Menteri sekarang ialah Mahathir dan bukannya Najib. Maka, apakah ikhlas Najib memohon maaf di satu sudut, di sudut lain pula memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada pimpinan lepas yang menolak sehingga keadaan terdesak sekarang. Najib perlu memperjelaskan ini sebelum menghantar perutusan.

Persoalan Kelima: Jika benar Najib memohan maaf secara jujur berhubung “Kesilapan” pimpinan lepas, adakah Najib sudah lupa bahawa dia juga adalah sebahagian daripada pimpinan lepas yang membawa kepada keadaan teruk. Najib telah berama lama dalam kerajaan sejak Mahathir, memegang jawatan-jawatan penting seperti Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Menteri Pertahanan dan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Abdullah. Maka, mana perginya rasa tanggungjawab Najib kepada masyarakat India? Sekolah-sekolah Tamil tidak diberikan perhatian langsung oleh Menteri Pelajaran Najib. Belia-belia India diabaikan Menteri Belia dan Sukan Najib. Mengapa Najib yang sama sekarang beria-ia hantar perutusan minta maaf, beri itu dan beri ini. Ada yang mengatakan Najib sekarang sudah berubah? Kalau itu soalnya, mengapa Najib menuduh Anwar Ibrahim dengan mengatakan Anwar Ibrahim tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India semasa dalam kerajaan dan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mengapa isu Anwar yang mengatakan tidak akan benarkan bunyi loceng di kuil-kuil Hindu ditimbulkan? Najib pernah mengeluarkan keris dan menciumnya dan mengatakan kerisnya tidak akan diletakkan selagi tidak melihat darah dalam perhimpunan Pemuda semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO. Siapa yang lebih bahaya Najib atau Anwar? Jika Najib dikatakan sudah berubah sekarang dengan slogannya 1Malaysia, apakah salah jika Anwar juga diberi peluang dan boleh dianggap sebagai sudah berubah juga dengan slogan ‘Harapan Rakyat’?

Kesimpulannya, Najib bukan berubah, Najib yang kita lihat dulu, masih ada dan wujud. Najib hanya memakai “TOPENG 1MALAYSIA” yang akan dibuangnya sebaik sahaja Barisan Nasional menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Maka, Najib yang asal muncul kembali. Jika BN kalah pun, Najib yang asal akan kembali dengan unsur rasisnya. Jika ditanya mana satu Najib yang bahaya kepada masyarakat dan negara, jawapannya sudah tentu Najib yang menang. Jika menang sudah tentu negara akan kembali kepada zaman Mahathir. Jika Najib kalah, maka negara akan mendapat satu pentadbiran baru yang sekian lama rakyat menanti-nantikan. Ia akan membawa satu “Puthiya Nambikei” (Harapan Baru) kepada rakyat Malaysia. Tapi, kita tidak akan tinggalkan Najib begitu sahaja atau tidak menghormati pengorbanan yang sekian lama. Maka itu, kita akan menjadikan Ketua Pembangkang yang digeruni kerajaan Pakatan seperti mana kini Ketua Pembangkang Anwar digeruni oleh kerajaan Barisan Nasional. Najib dengan pengalaman yang begitu lama dalam kerajaan pasti akan menjadi Ketua Pembangkang yang sangat kuat dan disegani oleh semua. Jika rakyat berjaya melakukan ini, maka yang pasti menang adalah bukan Najib atau Anwar, tetapi RAKYAT, Inilah yang perlu menjadi BALASAN PERUTUSAN RAKYAT YANG PENTING KEPADA NAJIB.


Oleh S.Barathidasan
Penulis ialah Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS).

GOOLLL!! Satim Diman Berjaya Rembat 80 Ekar Tanah Rakyat Negeri Selangor Bernilai RM19.9 Juta




KUALA LUMPUR 6 Dis: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mendapat RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno BN.

Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.

“Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd,” kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan 4,000 penduduk pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam.

Azmin yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS meletak jawatan tersebut pada 23 Jun 2010 kerana mahu memberi laluan kepada tokoh lain dalam memberi sumbangan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu.

Sambung Ahli Parlimen Gombak itu pada ceramah tersebut, beliau berkata, rakyat perlu pastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum kali ini bagi memastikan kezaliman dihapuskan.

“Kami tekad jika diberi mandat sebagai kerajaan, tidak akan ambil tanah walau seincipun kerana tanah adalah milik rakyat, bukan hak pemimpin.

“Bukti ini anda boleh lihat di Selangor di mana kita bukan sahaja tidak mengambil tanah, malah masalah tanah rakyat yang diabai Umno BN sekian lama kita selesaikan sebaik diberi mandat mentadbir negeri,” kata Azmin lagi.

Oleh Masdar Wahid

Kisah Benar: Penagih Rasuah Tegar Yang Bersongkok Tinggi



Akhir-akhir ini ramai di antara pemimpin-pemimpin BN berkata yang UMNO sudah pulih dan parti itu telah membetulkan kesilapannya. Kata mereka lagi yang UMNO akan berubah dan akan membetulkan kesalahannya. UMNO tidak akan lakukan lagi apa yang mereka telah lakukan selama ini. Oleh itu marilah menyokong UMNO sekali lagi kerana telah berubah. Begitulah lebih kurang kata-kata mereka di antaranya termasuk apa yang dikatakan oleh Najib dan Muhyiddin Yassin.

Dengan kata-kata itu ia memberi makna yang selama ini mereka mengaku UMNO dan BN telah membuat kesalahan dan UMNO telah mengakui apa yang dituduh oleh pelbagai pihak yang UMNO itu telah melacurkan politik dan siasah negara. Justeru UMNO sememangnya parti yang telah berdosa dan sekarang mahu bertaubat. Saya gembira dengan pengakuan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO yang lain yang UMNO telah melakukan kesalahan dan sekarang mahu bertaubat dan meminta diberi lagi peluang untuk memerintah kita rakyat yang sudah begitu lama dalam pencarian ini.

Persoalannya sekarang apa yang mereka telah taubatkan itu? Maaf-memaafkan sesama sendiri itu memang amalan orang mukmin. Tetapi tidak bermakna menjanjikan taubat itu sudah cukup untuk meneruskan penguasaan lagi terhadap rakyat dan negara. Apabila UMNO sudah taubat, parti itu sepatutnya direhatkan untuk melaksanakan apa yang mereka taubatkan itu. Jika RM ratusan billion wang rakyat dicuri dan diambil oleh pimpinan BN secara haram, ia memakan masa untuk melakukan proses pemulangan balik harta-harta curi itu kepada rakyat jelata.

Orang yang telah sedar dan bertaubat tidak boleh lagi melakukan apa-apa kesalahan yang terbesar terutamanya terhadap sesama manusia. Saya selalu katakan rasuah itu merupakan ketagihan tegar yang dihidapi oleh UMNO dan BN itu. Seperti penagih dadah yang hendak kembali berbuat baik dan menjauhi amalan mengambil dadah itu mereka sepatutnya duduk di dalam pusat-pusat serenti yang banyak di sediakan oleh kerajaan sekarang ini untuk beberapa lama yang wajar. Mereka dikawal dan dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan supaya merawat ketagihan itu dengan bersistem. Banyak cara untuk merawat penagih ini.

Ada juga yang berjaya dirawat dan menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berbuat baik selepas keluar dari pusat pemulihan serenti itu. Tidak kurang juga yang kembali menagih dan kembali ke pusat-pusat serenti itu. Di dalam pusat-pusat serenti itu panagih-penagih ini akan diberikan bimbingan untuk menjadi insan yang baik dengan kelas agama dan memberikan mereka kegiatan riadah seperti bersenam dan sebagainya untuk memulihkan mereka kembali. Mereka ini perlu bimbingan dan ditunjukkan bagaimana untuk menjadi umat yang baik dan berguna untuk masyarakat dan negara, lebih-lebih lagi untuk agamanya.

Begitu jugalah dengan pimpinan-pimpinan UMNO. Seperti yang kita tahu salah satu dari salah laku pimpinan UMNO ialah rasuah. Rasuah ini merupakan salah satu dari penyakit ketagihan yang boleh merosakkan masyarakat dan negara. Rasuah sepatutnya dijadikan musuh nombor satu negara kerana banyak tamadun telah runtuh oleh kegiatan rasuah pemimpinnya.

Oleh kerana secara terus menerus UMNO telah melakukan ketagihan itu, maka UMNO patut berihat dan melakukan pembaik-pulihan supaya parti itu menjadi parti yang berguna kepada rakyat dan negara dan tidak lagi menjadi penagih rasuah yang telah hampir menjahanamkan negara kesayangan kita ini.

Maka tidak boleh lah UMNO sendiri mengisytiharkan yang mereka telah pulih dari semua penyakit merbahaya untuk manusia itu dan meminta terus memerintah negara ini seperti biasa. Penagih ini tidak semua yang baik dengan sendirinya. Selalunya ia perlu dibimbing dan diatur segala kegiatan kehidupan mereka. Maka UMNO perlu berihat dan memulihkan penyakit ketagihan ini. Kita tidak mahu penagih rasuah ini kembali melakukan rasuah seperti penagih dadah yang kembali menagih selepas keluar dari pusat serenti itu.

Tetapi yang pentingnya sekarang UMNO sudah mula sedar dan mengakui kesalahannya dan serangan terhadap pembangkang yang menuduh mereka (UMNO) itu rasuah sepatutnya di tarik balik dan di dalam hati meminta maaf kepada mereka yang membuat tuduhan yang benar itu.

Ramai pemimpin-pemimpin UMNO telah mengisytiharkan yang mereka telah berjaya memulihkan kesalahan yang telah mereka lakukan dahulu dan telah mengakui kesilapan dan kesalahan mereka. Mengakui kesalahan itu sudah cukup untuk mengakui yang pihak pembangkang adalah pihak yang benar dan kecenderungan rakyat untuk memberikan mandat kepada mereka (pembangkang) sepatutnya mendapat galakan dan sokongan dari orang ramai.

Buat sementara waktu UMNO biarkanlah mereka duduk berihat sambil memperbaiki diri mereka supaya parti itu pula yang akan menjadi parti alternatif kepada Pakatan Rakyat yang memerintah nanti. Jika Pakatan Rakyat melakukan kesalahan yang sama UMNO yang sudah pulih semasa dalam ‘political confinement’ itu boleh kembali dan menjadi UMNO yang bertenaga dan tidak lagi seperti dahulu. Mungkin semasa itu nanti UMNO akan menjadi bertenaga dan berseri-seri wajah pimpinan mereka setelah melakukan rawatan mereka selama beberapa tahun semasa menjadi pembangkang itu.

Maksud saya ini ialah, menjadikan negara ini sebagai negara demokrasi yang mempunyai sistem dua parti itu akhirnya akan memberikan kenaikan kepada rakyat. Semasa itu nanti baru lah rakyat sedar betapa nikmatnya jika kuasa itu sebenar-benar berada ditangan mereka dan bukannya di tangan ‘war lords’ UMNO seperti sekarang ini.

Rakyat yang bermaruah tidak akan membenarkan sesiapa untuk mengawal hak mereka dengan wang sogokan atau bantuan seperti gigi palsu percuma, BRIM dan sebagainya. Rakyat tidak boleh memberikan hak kepada pihak lain setelah mendapat tayar teksi percuma dan sebagainya.

Harga diri rakyat itu lebih tinggi dari harga tayar dan bantuan BRIM serta pembayaran bonus satu setengah bulan gaji dan sebagainya. Sedangkan kucing belaan kita pun sekarang tidak makan ikan mentah lagi. Mereka (kucing) sekarang makan Friskies dan Whiskas yang dibeli dari pasaraya. Kucing pun tahu harga diri mereka.

Oleh Aspan Alias

Kerajaan Perlu Batalkan Semua Saman 'Haru Biru' AES

 Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bertujuan untuk merompak wang rakyat demi untuk memperkayakan kroni Umno/Bn.


KUALA LUMPUR 31 Oktober: Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) keliru dan celaru, justeru kerajaan perlu membatalkan semua saman yang dikeluarkan sejak 13 Oktober lalu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu berkata, terdapat beberapa pengguna jalan raya yang dikenakan saman kerana memandu lebih had laju ditetapkan iaitu 110km/j di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Namun, Seksyen 79(2) menyatakan kesalahan kerana mengabaikan isyarat lalu lintas, jadi ada kekeliruan di situ,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu.

“Hukuman di bawah seksyen tersebut juga menetapkan denda tidak melebihi RM500, bukan minimum RM300. Jadi kepada mereka yang telah disaman, kita sarankan tak perlu bayar kompaun,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, pengguna jalan raya yang disaman mungkin hanya akan dikenakan denda RM50 atau dibebaskan dengan amaran jika pergi ke mahkamah, oleh itu mereka tidak perlu membayar kompaun sehingga RM300.

“Kita pergi ke mahkamah ramai-ramai dan kami akan sediakan peguam. Tapi kalau nak kayakan kerajaan dan kroni, bolehlah pergi bayar,” sinisnya.

Semalam, Pemuda Umno turut mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem itu sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Isnin lalu, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju untuk menangguhkan pemasangan AES di negeri masing-masing.

Oleh Aisha Geoffrey

Gempar!! Najib Dan Pemimpin Umno Dijangkiti Sindrom 'SASAU'

  

Ramai rakan2 saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? menjerit dan terpekik terlolong sana sini? saya cakap biasalah- tanda2 orang yang sudah sasau dan meracau. Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO.

Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini  akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini?

Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bansgawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO.

Tapi kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa2 nya, malapetaka yang menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun vulnerable. Tamak dan haloba UMNO tidak ada sempadan.

Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata taka pa- ianya tidak berlaku ditempat kita. Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman.

Para pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana sini. Semua janji sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU semalam? Nampak nya, selagi PRU tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar dan omongan kosong. Kita akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan sebagainya.

Ibrahim Ali buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian kuasa. Yang dia sibuk mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan apahal? Saya tidak fikir PAS, PKR atau DAP mahu terima orang macam Ibrahim Ali.

Adakah kita sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan exco nya meluluskan 8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti puluhan tahun untuk mendapatkan tanah dari kerajaan UMNO? Dari 8750 ekar, 7500 ekar untuk orang Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina.

Ada kita tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang lebih ramai di Perak? Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas 3200kps setiap satu untuk orang Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang Cina setiap satu seluas 1125kps? Orang Cina dapat tenure 999 tahun, orang Melayu dapat yang seruapa. UMNO beri freehold bukan lebih dari 999 tahun? Binawe punya pemimpin UMNO.

Bilik air Najib dan Rosmah lagi besar keluasan nya lot rumah orang Melayu dan Cina. Garaj kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar dari lot rumah orang Melayu atau Cina.

Bukankah UMNO membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina atas protes terhadap Malayan Union yang mahu memberi kerakyatan kepada warga asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual kerakyatan negara ini dan memberi kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh, Burma, Nepal dan Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda mebela bangsa, agama dan negara!

Setiap hari kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO tabur dakyah dan fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak2 Melayu didedahkan kepada budaya mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara yang biasa. Anak Melayu dibesarkan dengan nilai2 buruk.

Orang Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat kaya yang salah kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia kaya, dia Melayu. Takpelah dia buat demikian, sebab dia Melayu. Kalau orang Melayu mempunyai piawai atau standard yang rendah begini, akan tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk rumah kita meniduri anak perempuan atau isteri kita, kita akan kata- tidak mengapa – dia Melayu dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak orang Melayu fikir dan terima.

Marilah orang Melayu memerdekakan diri dari dibelengui oleh dakyah UMNO. Masa depan kita, rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib belum lagi dapat 2/3 kerusi parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu mempertahankan bajet rompak negara 2013. Enggan, engkar dan angkuh adalah sifat2 dan laku perangai Iblis yang enggan, engkar dan angkuh tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat yang di bentuk.

Sukalah kita mengingatkan pembaca budiman- Kita tidaklah sebebal Ibrahim Ali. Yang dia nak sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai kepimpinan negara dibawah PR. Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa kita tidak kompromi dengan kepentingan orang Melayu.

Dan kita ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang terburuk dalam kelompok PR bila2 masa lagi baik dari standard Ibrahim Ali. perkongsian kuasa dalam PR dibina diaats komitmen kebenaran dan keadilan dan komitment menentang rasuah dan korapsi UMNO. Perkongsian kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga BN. ianya diasaskan diatas dominasi  gangsters UMNO dan hegemony UMNO. MCA di UMNOkan, MIC diUMNOkan.

Mengapa sibuk dengan cabinet bayangan?. We don’t answer to UMNO. We don’t answer to Najib. We answer to the people who are going to vote for us. Kita menyediakan yang terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55 tahun memerintah, tidak mampu lakukan. Jeritlah sana sini sehingga muka kamu biru dan urat leher timbul, rakyat sudah berazam dan tekad untuk melihat UMNO melakukan Perhimpunan Agung mereka di perkarangan Sungai Buloh.

Kita pun tahu cabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja NIng Chik. Siapa peduli?

Yang rakyat akan tahu, bila PR menang, sudah tentu ada cabinet. Buat waktu ini, kita focus untuk mengeluarkan UMNO dan BN. Rosak dan musnah negara kita jika terus diurus oleh barisan lanun dan perompak.

Baiklah Ibrahim Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calun UMNO atau tidak. Jika orang macam Ibrahim Ali dijadikan calun oleh UMNO, maka demikianlah standard UMNO bawah Najib. Dari teruk semakin teruk dan parah!. Sanggupkah orang Melayu dan rakyat Malaysia bergantung harap dengan parti dan pemimpin seperti ini?

Palanivel kata dia akan deliver undi dan sokongan India kepada BN. he is an Uncle Tom Indian kepada UMNO. sama sama kita lihat nanti. Kita lihat dia boleh menang atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang Melayu kalau terus menyokong Palanivel di Cameron Highlands.

Sumber: http://sakmongkol.blogspot.com

Masyuk Bro!! Umno Pulau Pinang Menjadi 'Broker' Menjual Tanah Orang Melayu Kepada Bangsa Lain



PERMATANG PAUH: Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan keluar parti.

Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.

"Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24 September lalu.

"Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa lain.

Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya.

Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat.

"Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri.  Mereka beralih juga disebabkan selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang sebenarnya, " terang beliau.

Oleh Mohd Sabri Said

Ngeri!! Aksi Badak Sumbu Datang Bulan!!




Korang saksikanlah sendiri betapa buruknya perangai badak sumbu bila datang bulan... 

   


Hari ini Umno Johor baru berjumpa buku dengan ruas. Kalau sebelum ini pemimpin Umno Johor boleh beriba tangan dan tidak perlu gundah gulanda setiap kali tiba pilihan raya umum, kerana parti itu sudah pasti akan menang besar, tetapi kali ini sudah tidak lagi. Perasaan itu bukan menjadi milik mutlak mereka lagi. Tuhan ini maha adil dan maha mentadbir, rasa 'agah' dan megah yang kesekian lama bertakhta di dalam minda pemimpin Umno Johor sudah ditarik perlahan-lahan.

Kenapa Allah menarik rasa nikmat dan anugerah itu? Jawabnya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkin tidak bersyukur atas nikmat dan rahmat diberikan-Nya. Ada firman-Nya bermaksud; kalau kamu mensyukuri nikmatKu, Aku akan tambah, tapi kalau kamu kufur terhadap nikmat Ku, aku akan tarik dan perhinakan kamu.

Apa yang terjadi kini kerana kealpaan dan sikap ego pemimpin Umno itu sendiri. Tegasnya mereka tidak melaksanakan apa yang mereka janjikan kepada rakyat. Mereka mendabit dada kononnya sebagai pembela Melayu, hakikatnya Melayu di Johor semakin terkempit dan terhimpit. Mereka mendabik dada hendak mendaulatkan Islam, hakikatnya Islam terancam dan diserang dari depan dan belakang. Johor gagal menjadi serambi Makkah atau 'jokel' Madinah, walhal kalau hendak dikira negeri itulah mempunyai paling banyak sekolah agama dan pendidikan agama dikatakan wajib diperingkat pra sekolah.

Jadi dimana janji dan ikrar Umno? Itulah menyebabkan nikmat sementara itu ditarik balik. Keadaan Umno hari ini dalam situasi gelisah dan gelabah macam kucing kejatuhan anak. Perasaan dan keadaan ini tidak dapat disembunyikan lagi. Cara sesetengah pemimpin menangkis serangan lawan secara gasan dan samseng menunjukkan betapa mereka diasak kegelisahan. Beberapa pemimpin melenting dan jadi naik angin tidak semena-mena menujukkan hakikat itu. Bahawa mereka tidak lagi merasa selesa dan tidak akan mendapat kemenangan mudah dalam pilihan raya akan datang.

Salah seorang yang tidak dapat menyembuyikan keresahan dan 'mengepikkan' ketakutan dan melenting macam buah guli jatuh ke simen, ting ting ting, ialah ahli Parlimen Pengerang, Azlina Othman Said. Hari ini tidak semena-mena bekas menteri kabinet itu menjadi naik angin tidak tentu fasal, menyerang orang itu dan orang ini sampai mengajak berdebat dengannya.

Khabarnya dalam parlimen semalam beliau menjadi seperti badak sumbu dalam waktu haid, tanduk situ sigung sini. Badak sumbu kalau dia hendak datang bulan dia akan panas baran dan akan mengamuk 'ikut dan' bagi melepaskan perasaanya. Katanya semalam di parlimen Azalina jadi emosi kerana serangan  pembangkang ke sarangnya di Pengerang. Beliau marah dengan pembanakng yang mendedahkan isu pojek loji penapis petrokimia (Rapid) yang dicadang dibangunkan di kawasannya.

Pembongkaran projek bernilai RM600 billion berkenaan adalah gangguan ke atas sarangnya di Pengerang itu. Selama ini tidak ada siapa menganggu atau pun mengusik sarangnya. Dua kali beliau menang tidak bertanding di kerusi itu. Jadi apabila sarangnya telah diusik baru Azalina merasa betapa hangat dan panasnya bila kloni diusik dan diganggu.

Katanya orang yang menjadi tandukan dan tendangan ala-ala takewando bekas puteri Umno itu ialah Naib Presiden Pas Sallahuddin Ayub. Azalina marah dan berbuku betul dengan Sallahuddin sampai meminta untuk berdebat dengan ahli parlimen Kubang Kerian itu. Tampaknya pemulangan Sallahuddin ke Johor benar-benar pemulangan seorang pendekar yang baru disintuk limau ia telah memberi impak besar kepada Umno Johor. Baguslah.

Saking marahnya Azalina semalam sampai Nurul Izzah Anwar meminta beliau agar tidak emosi. Izzah minta laluan semasa beliau berucap tetapi tidak diberi laluan. Malangnya semasa Azlina membelasah Sallahuddin, ahli parlimen itu tidak berada dalam dewan.

Ada beberapa perkara yang menimbulkan kemarahan Azalina. Antaranya ialah tunjuk perasaan membantah projek itu yang diadakan 30 September lepas di Pengerang. Azalina marah apabila angka tunjuk perasaan itu dikatakan mencecah 7,000. Sebalik, beliau dakwa hanya 3,000 sahaja. Sebenarnya Azalina tidak perlu emosi dan marah kalau angka yang diperolehi itu lebih tepat. Apabila beliau cuba mempertikaikan soal angka ini menunjukkan perasaan itu menganggu musim-musim tidur dan damainya selama ini.

Perkara lain yang dimarah ialah kononnya pengambilan tanah rakyat itu dibuat tidak adil dan menganiaya rakyat. Beliau melenting apabila tanah rakyat didakwa pemimpin pembangkang dibayar dengan kadar RM2.80 sekaki. Sebelum ini Azalina menjelaskan harga bayaran mencecah RM8 sekaki. Beliau juga sebelum ini marah sampai hendak saman Mazlan Aliman apabila Mazlan menuduh beliau terbabit membawa projek itu ke Pengerang. Saya sedikit hairan dalam hal ini, satu masa Azalina ghairah mempertahankan projek berkenaan dan dimasa lain ketakutan pula bila dikatakan beliau terlibat membawa balik projek itu.

Keadaan ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan projek berkenaan akan memberi keuntungan dan dapat membantu rakyat.

Penganiayaan di zaman Udin.

Bercakap soal Johor ini.. mengenai penganiayaan terhadap rakyat ia sudah lama berlaku. Apa yang bakal berlaku di Pengerang menerusi pengambilan tanah rakyat itu adalah kesenimbungan kemungkaran yang telah lama dilakukan Umno, bukan di zaman sebelum Abdul Ghani Othman menjadi MB tetapi ia berlaku di zaman Udin anak Yassin menjadi MB lagi.

Kerajaan UBN Johor licit dalam mengambil tanah rakyat. Kerakusan itu menyebabkan hampir semua tanah rakyat di sekitar Johor Baharu kini sudah bertukar milik. Dahulu yang membuka tanah menebang hutan dan menarah bukit untuk dijadikan kawasan kediaman ialah orang Melayu. Hari ini apa yang ada lagi di Johor Baharu melainkan kenangan dan nostalgia. Jadi apa yang Umno Johor boleh anugerahkan kepada rakyat Melayu ialah kenangan dan nostalgia.

Mereka tidak terus menghalau rakyat Melayu dari kawasan itu, tetapi ia dibuat dengan penuh tektikal. Kononnya kawasan lokasi Melayu itu dibangunkan untuk membantu orang Melayu Johor. Maka dijanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Melayu dan akan diberi bantuan untuk membolehkan mereka memiliki hartanah yang dibangunkan.

Tetapi apabila pembangunan sudah siap, orang Melayu tidak mampu untuk memilikinya kerana harga jauh dari kemampuan mereka. Walhasil atas nama untuk mengelakkan kerajaan menanggung kerugian kerana hartanah tidak dapat dijual, hartanah itu ditawarkan kepada orang asing (Singapura). Yang belinya ada Melayu dan ada Cina. Hendak tidak hendak Melayu yang dijanjikan oleh Umno, dimana janjinya tidak ditepati terpaksa melarikan diri masuk hutan atau terjun laut.

Hari ini penghalauan secara diplomasi dan penuh tektikal terhadap orang Melayu masih berlaku. Beberapa kelompok setinggan di Pasir Gudang, Larkin atau Kempas sedang atau dalam proses penghalauan. Kerajaan UBN tidak mengeluarkan apa-apa surat hak milik kepada mereka kandati mereka sudah tinggal disitu sampai beranak dan bercucu. Sekali lagi nama pembangunan dijual kepada rakyat. Proposal untuk membangun kawasan itu dibuat dengan memberi keutamaan kepada setinggan. Tetapi akhirnya apa jadi, semua hartanah dibangunkan itu jatuh ke tangan pihak lain. Sekali lagi setinggan terpaksa mencari lokasi baru untuk dijadikan tempat kediaman.

Gejela ataupun tindak tanduk itu apakah boleh dikatakan Umno membela rakyat? Orang Johor boleh tanya kepada raja atau sultan mereka hal ini?

Sejujurnya orang Melayu Johor tidak perlu berserah harap kepada Umno lagi. Lupalah sejarah yang menjadi kebanggaan orang Johor kerana semata-mata Umno ditubuh di istana Abu Bakar. Sejarah atau kebanggaan itu tidak memberi apa-apa makna lagi melainkan ia sekadar sejarah. Kebanggaan yang satu ini tidak boleh bawa makan kepada orang Melayu Johor untuk sepuluh atau dua puluh tahun lagi. Ternyata hari ini Umno hanya memberi makan kepada golongan ningrat dan bukan marhean.

Hari ini rakyat Johor sudah ada hero baru yang lahir dari semangat dan kebijaksanaan Hang Nadim. Terimalah Hang Nadim yang kecil dan baru itu kerana dia hadir dan muncul untuk membawa perubahan dan membela Johor dari diserang todak kejahatan dan kerakusan Umno selamanya. Hang Nadim ini lebih rela berkorban dan keikhlasannya.

Nah.. sokonglah Hang Nadim dan berikan peluang kepadanya. Hang Nadim yang dimaksudkan itu ialah orang-orang seperti Sallahudin Ayub, Mazlan Aliman, Khaizan Karat dan lain-lain. Saya nampak mereka ini lebih ikhas dan jujur untuk membela rakyat Johor daripada balkis-balkis dan sang rajwali Umno yang kepatahan kepak di siang hari.  Maafkan saya Mat, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Mat katanya saham FVGH merudum lagi .. /~merahtintaMSO

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Najib 'PENGECUT' Sembunyi Bawah Ketiak Rosmah

Azwan Ali dan Ziana Zain (Gambar Hiasan)

Gambar menunjukkan betapa penakut dan pengecutnya para pemimpin UMNO/BN berjawatan menteri kabinet yang diketuai sendiri Najib Razak.Betapa malangnya negara Malaysia tercinta ini mempunyai pemimpin-pemimpin negara yang bacul dan tidak bertanggungjawab seperti gerombolan Umno/Bn ini.Layakkah mereka ini untuk terus mentadbir negara dengan mentaliti seburuk ini??

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.

Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.

"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.

Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.

"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar.


Seperti yang dijanjikan Ahli Palimen Permatang Pauh,Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul bergaya dengan hujah-hujah yang bernas dan mantap.




KUALA LUMPUR 1 Oktober: Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.

Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.


Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.

Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.

Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat.

“Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” cabar Anwar.

Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu.

Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai pembatalan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan harga kereta, isu air, dan dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.

Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik semata-mata.

Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk ‘one off’ kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Najib ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan Perdana Menteri.

“Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen.



Bongkar!! Tanah Milik MARDI Bakal Dirompak Oleh Kroni 'Syaitan Yang Dikenali'



Saya menggesa Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Seri Noh Omar supaya jangan menjual tanah milik Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang kepada mana-mana pihak demi keuntungan beberapa kerat individu sahaja.

Saya mendapat makluman dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini bahawa tanah milik MARDI di Serdang sedang dalam usaha rundingan dengan beberapa pihak untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata.

Saya dimaklumkan hal tersebut bahawa MARDI dikehendaki menjual sebahagian tanah miliknya di Serdang bagi tujuan pembangunan. Datuk Seri Noh Omar selaku Menteri Pertanian sepatutnya melakukan transformasi terhadap MARDI untuk dijadikan sebagai salah satu pusat pertanian yang unggul di dunia dan bukannya hanya goyang kaki bilamana mendapat maklumat tanah MARDI bakal dijual kepada pihak luar.

Noh Omar selaku menteri kabinet seharusnya menasihat ahli-ahli mesyuarat kabinet yang lain supaya mempertahankan tanah tersebut dari terus dijual. Sebaliknya, beliau hanya mendiamkan diri dalam isu ini tanpa memberikan sebarang maklumbalas.

Saya difahamkan bahawa pihak MARDI juga tidak bersetuju dengan arahan menteri kabinet yang ingin menjual tanah tersebut dengan harga yang sangat rendah.

Sementara itu, tanah milik MARDI ketika ini sebahagiannya telah dijadikan tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Setiap tahun jutaan tetamu yang hadir mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA). Pada 23 November hingga 2 Disember ini, dijangka seramai 3 juta orang ramai bakal hadir menjayakan pameran tersebut.

Tapak MAEPS seluas 200 ekar itu merupakan pusat pameran pertanian terbesar di Malaysia dan perkara ini harus dikembang untuk dimajukan. Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha penganjuran MAHA di tapak tersebut, tetapi jangan sesekali menjual tanah di situ.

Jika ada pihak swasta yang ingin mahukan tempat untuk pembangunan universiti atau hospital, Kerajaan Negeri bersedia menawarkan tapak pembangunan di tempat- tempat lain tetapi bukannya di tapak milik MARDI di Serdang.

Kerajaan Negeri Selangor menolak permohonan yang dibuat oleh pihak MARDI bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian kepada perniagaan. Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut.



Haji Yaakob Bin Sapari
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

25 September 2012
Related Posts with Thumbnails