BREAKING NEWS

Apabila Nazri Aziz Bercakap Tentang Isu Moral...


KUALA LUMPUR, 8 April -Datuk Seri Nazri Aziz mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” bulan lalu, didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.
“Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah,” kata Nazri kepada The Malaysia Insider.

“Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur,” kata beliau lagi.
Seksyen 327(1) yang berkaitan dengan aspek menyalahgunakan mana-mana orang bagi tujuan persundalan mengatakan bahawa barang siapa “menjual, menyewa atau dengan cara lain menyerahkan,  atau memperoleh, membeli atau menyewa atau dengan cara lain mendapatkan milikan harta mana-mana orang dengan niat sedemikian supaya orang itu akan diberi kerja atau digunakan untuk maksud persundalan atau membuat persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau di luar Malaysia atau mengetahui atau ada alasan untuk percaya bahawa orang itu akan diberi kerja atau digunakan.
Dalam pada itu, Seksyen 372A pula berkaitan dengan soal seseorang yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan manakala Seksyen 372B pula tentang perbuatan mencari langganan bagi maksud persundalan.





Mengulas lanjut, Nazri hari ini menjelaskan, suruhanjaya diraja siasatan mengenai video seks itu adalah perlu demi kepentingan awam.
“Jika orang awam berpuas hati dengan penemuan, maka tidak perlu bagi suruhanjaya diraja.
“Tetapi jika wujud elemen keraguan, maka suruhanjaya diraja diperlukan,” katanya.
“Suruhanjaya diraja diperlukan bagi apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan awam, untuk menjelaskan apa sahaja isu kepentingan awam,” kata Nazri lagi.
Menteri yang berkaitan dengan hal ehwal Parlimen ini menekankan bahawa suruhanjaya diraja hanya akan diperlukan jika rakyat kekal tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis yang dijalankan sekarang.
“Kita perlu tunggu bagi polis selesaikan siasatan - kenal pasti lelaki dalam video ini,” kata Nazri.
Nazri berkata, Kabinet telah memutuskan untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan terlebih dahulu.
“Ada isu moral di sini. Anwar bercita-cita mahu menjadi perdana menteri... kita tidak boleh ada seorang perdana menteri yang sudah tercalar, itu sebab kita perlu kenal pasti lelaki dalam video ini... jika ia Anwar, apakah fikiran anda tentang dia?” katanya lagi.
Oleh Shazwan Mustafa Kamal

6 comments :

  1. gambar yang dipaparkan itu adalah anak kepada Nazri Aziz ke?jika ya..maka dia tidak perlu nak bercakap soal Moral betul tak?

    ReplyDelete
  2. best nya buah...

    ReplyDelete
  3. boleh tahan jugak blog ko ni...gambar2 prono tk cover langsung! ntah ye ke tidak tu gambo anak nazri, main sedap je nk upload gambo2 lucah...aku ingatkn blog2 umno jer yg post ,mende2 mcm ni, rupanya ko pong sama gak 2x5...

    ReplyDelete
  4. hidup melayu......................HARAMJADAH PUNYA MELAYU YANG SUKA ANTOT ANAK DARA MELAYU..,BIARKAN, BAPAKNYA BANYAK BERJASA KEPADA MELAYU....KITA MESTI SOKONG DIA, NANTI ORANG MELAYU TAK BOLEH HIDUP TANPA DIA.

    ReplyDelete
  5. BAPAKNYA PUN JUGA PERNAH "MENONGGENG" MASA STUDENT KAT UK DULU. INI CERITA LAMA KALAU MAU TAHU.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails