BREAKING NEWS
Showing posts with label Bakal Menantu Najib Dan Rosmah Penipu. Show all posts
Showing posts with label Bakal Menantu Najib Dan Rosmah Penipu. Show all posts

Tahniah!! Najib Berjaya Kalahkan Presiden Barack Obama


Kalau pasai nak pediah duit rakyat..puak2 ni mmg tera..kalau pasai nak perbetui projek bagi kat kwan2 depa lagi la depa tera..buleh bungkuih la negara kalu kelaku depa macam ni..memang wajib sangat la kita sembelih bagi mampuih puak2 ni dalam PRU nanti..

Penjimatan kira-kira RM750 juta ekoran pemotongan subsidi untuk petrol, gas, diesel dan gula terlalu kecil berbanding RM12 bilion yang dibelanjakan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Perbelanjaan yang begitu besar dalam tempuh setahun sahaja oleh pentadbiran Najib Tun Razak untuk membiayai seramai 43,554 kakitangannya hanya membazirkan wang rakyat.

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan sukar dipercayai! Gembar gembur bahawa subsidi yang besar membebankan ekonomi adalah karut belaka.

Menurut "The Nut Graph", kajian oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mendedahkan Malaysia mempunyai nisbah kakitangan awam dengan jumlah penduduk tertinggi di Asia Pasifik.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata nisbah kakitangan awam ini sangat ketara kerana Malaysia mempunyai 4.68%, berbanding Indonesia 1.79%, Korea Selatan 1.85% dan Thailand 2.06%.

"Kesemua negara-negara tersebut mempunyai kurang dari separuh dari nisbah negara kita," kata beliau yang juga ketua ekonomis dan setiausaha publisiti DAP kebangsaan.

Minggu sudah, Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong mendedahkan dalam blognya bahawa peruntukan untuk JPM berjumlah RM12 bilion dan bukan RM4 bilion sepertimana yang dianggap oleh orang ramai.

"Ini merupakan satu jumlah wang besar! Seperti majoriti rakyat Malaysia, saya hairan kenapa Jabatan itu tidak berusaha untuk berjimat cermat sepertimana kita semua disuruh berjimat cermat ekoran pemotongan subsidi dan bahaya Malaysia menghadapi kebangkrapan menjelang tahun 2019," katanya.

Berdasarkan blog Liew, saya merumuskan beberapa fakta yang menakjubkan:

Pada tahun 1981, ketika dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, JPM mempunyai kakitangan seramai 4,414 orang

Pada 2001 (20 tahun kemudian), ketika dibawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, JPM mempunyai kakitangan seramai 9,673 orang (peningkatan sebanyak 119.1%)

Pada 2003, ketika dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, JPM mempunyai kakitangan seramai 21,045 orang (peningkatan sebanyak 117.6% dalam masa dua tahun)

Pada tahun 2009, ketika dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, JPM mempunyai kakitangan seramai 25,332 orang (peningkatan sebanyak 20.4% dalam enam tahun)

Pada 2010, ketika dibawah pentadbiran Najib Tun Razak, JPM mempunyai kakitangan seramai 43,544 orang (peningkatan sebanyak 71.9% dalam tempuh setahun)

Bajet Rumah Puteh (White House)

Selepas membuat perkiraan ini, saya membandingkan bajet PM kita dengan Presiden Amerika Syarikat, PM Singapura dan Permaisuri Elizabeth, England. Saya terpegun dengan maklumat yang sedia ditemui dalam internet.

Permohonan bajet Rumah Puteh untuk 2011 berjumlah AS$394 juta (RM1.3 bilion) dan tidak termasuk program berbanding bajet untuk JPM berjumlah AS$1.25 bilion (RM4 bilion).

Pada 2010, staf Rumah Puteh adalah seramai 1,888 orang – sangat jauh kurang jumlahnya berbanding 43,554 orang dalam JPM. Dalam bahasa mudah, Rumah Puteh hanya 4.3% dari jumlah kakitangan JPM. Menakjubkan.

Saya tidak begitu pandai dalam mathematik dan statistik tapi angka-angka ini menunjukkan kosnya adalah tiga kali ganda untuk mentadbir JPM berbanding keseluruhan Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat.

Sesuatu yang tidak kena di sini. Mari kita lihat Singapura. Sejumlah S$290.4 juta (RM681.2 juta) diperuntukan untuk Pejabat Perdana Menteri dalam tahun 2010 untuk mencapai misi ini.

Menurut Wikipedia, Singapura mampu berbelanja sejumlah ini memandangkan jumlah penduduknya ialah 5.1 juta atau 3.2 juta jika ditolak rakyat asing dan mempunyai pendapatan per kapita lebih AS$37,293 (RM118,964). Berbanding Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 27 juta dan pendapatan per kapita AS$6,897 (RM22,000)dan Amerika Syarikat AS$46,381 (RM147,955).

Ini bermakna pendapatan per kapita Singapura 5.4 kali ganda lebih tinggi dari Malaysia walaupun Malaysia mempunyai penduduk lima kali ganda dari Singapura.

Secara perbandingan, kita boleh memahami jika bajet JPM melebihi dari Singapura berdasarkan saiz penduduk dan kawasan. Tetapi bagaimana dengan peruntukan bajet kita melebihi dari Pejabat Presiden Amerika Syarikat? -FMT

Politik Malaysia Lebih Kotor Dari Politik India



Betapa malangnya rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang 'haram jadah'..dgn modal slogan 1Malaysia dan wassatiyah ciptaan apco najib telah mengharamjadahkan semua jabatan kerajaan supaya dpt diperkudakan sepenuhnya oleh regim umno/apco nih..dan menurut berita yang terkini najib sendiri pulak mendapat bakal menantu yg paling 'haram jadah' yg tiba2 menjadi popular diseluruh dunia kerana songlap harta bapa tirinya sendiri...menurut sumber yg boleh dipercayai najib dan rosmah kini sudah jadi hilang akal ala2 gila meroyan gitu..makan tak lalu dan mandi tak basah.. tapi biasalah zaman sekarang nih..klau suka menzalimi dn menipu rakyat..Allah bayar cash aje di dunia ini..sudah terbukti keluarga najib ini adalah keluarga songlap yg dimakan sumpahan slogan 'haram jadah' ciptaan najib sendiri..

PANDAN 13 Jun: Cucu kepada tokoh pemimpin politik tersohor India, Mahatma Ghandi berkata, beliau tidak pernah melihat politik di dunia sekotor pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu membiarkan prasangka buruk sesama kaum dan mempertahan penipuan dalam pilihan raya di negara ini.

Perkara itu diungkap Raj Mohan Ghandi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa pemimpin KEADILAN ini dipelawa bertemunya di India baru-baru ini.

“Politik Malaysia lebih kotor dari politik India. Saya (Raj Mohan) ‘follow’ politik Malaysia. Saya tidak pernah melihat politik di dunia sekotor politik di bawah Datuk Najib. Ini Raj Mohan kata (kepada saya),” kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Merdeka Rakyat yang turut dihadiri Azizah; Timbalan Presiden, Azmin Ali; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, pimpinan Pakatan Rakyat dan kira-kira 5,000 hadirin pelbagai kaum di Taman Seraya dekat sini malam tadi.

Ketua Pembangkang itu turut menegaskan Raj Mohan akan datang sendiri ke Malaysia pada tahun ini untuk bercakap sendiri mengenainya.

“InsyaAllah akhir tahun ini, dia (Raj Mohan) akan cakap sendiri di Malaysia,” kata Anwar yang turut menunjukkan gambar beliau bersama Azizah dan isteri Raj Mohan, Usha kepada hadirin melalui tayangan skrin.

Anwar berkata, beliau boleh bersahabat dengan Raj Mohan kerana cucu kepada pemimpin India itu memiliki idealisme yang sama dengan beliau iaitu memberi keadilan pada semua rakyat.

Anwar turut memetik ucapan Mahatma Ghandi semasa hayatnya berbunyi: ‘Majoriti India Hindu jangan zalim, jangan hina orang Islam, Kristian dan penganut Buddha India, mereka rakyat kita, rakyat India dan kita mesti bangga menjadi rakyat India’.

Berbeza dengan Malaysia di bawah pentadbiran Najib kata Anwar, Presiden Umno itu hanya membisu dengan isu skandal rasuah pemimpin Umno selain membiarkan orang Melayu menghina bangsa sendiri melalui perlakuan memalukan.

“(Apabila sekumpulan Melayu) tunjuk punggung pada (Datuk S) Ambiga, Najib diam. (samseng Umno) Baling batu dalam ceramah, Najib diam, Menteri terlibat rasuah Lembu, Najib diam. Apa Najib buat? Dia cuma pemangku Menteri Wanita.

“Dalam sejarah dunia, inilah kali pertama seorang lelaki jadi Menteri Wanita,” kata Anwar disambut gelak dan tepukan hadirin.

Najib melantik dirinya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini selepas penyandang jawatan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikait dengan skandal rasuah projek lembu keluarganya.

Anwar turut melahirkan keyakinan beliau bahawa sejahat manapun taktik Umno dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk memanipulasi daftar undi, beliau yakin semua itu pasti gagal menghalang kuasa dan perancangan Allah.

“Najib, dengar abang Anwar cakap. Kamu boleh tipu, guna warga asing sebagai pengundi, tetapi kena ingat, kuasa rakyat itu dengan izin Allah boleh mengatasi perencanaan jahat kamu,” kata Anwar lagi.

Oleh Masdar Wahid

Hadiah Paling 'HARAM JADAH' Untuk Najib Dan Rosmah



Gambar Nooryana Najwa, bakal suaminya Daniyar Nazarbayev, ibu Daniyar - Maira Nazarbayev dan adik Daniyar - Khanbolat Nazarbayev. 

Bolat Nazarbayev


Apartment bernilai RM63 juta ini asalnya adalah sebuah hotel yang telah diubahsuai menjadi Kondo Mewah. 


JOM TERJAH BERITA LENGKAP PENIPUAN OLEH BAKAL MENANTU KESAYANGAN NAJIB DAN ROSMAH INI...

Kondo mewah ini sepatutnya dimiliki oleh Bolat Nazarbayev. Bolat Nazarbayev merupakan abang kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev . Manakala Daniyar Nazarbaye Nazarbayev ini pula ialah bekas anak tiri kepada Bolat Nazarbayev.

Daniyar Nazarbaye Nazarbayev telah melakukan penipuan terancang dengan merampas secara tidak sah pemilikan 3 buah apartment yang bernilai RM63 Juta milik bekas bapa tirinya.Daniyar Nazarbaye Nazarbayev dan ibu nya Maira Kesikbayev sedang didakwa di mahkamah Manhattan dalam kes penipuan tersebut.

Bolat telah berpisah dengan Maira pada tahun lepas selepas Bolat mendapati bekas isterinya dikehendaki oleh pihak polis kerana terlibat dalam kes peras ugut dan penculikan.

Pada tahun 2001, Maira telah menukar nama akhir anaknya Daniyar dari Kesikbayev ke Nazarbayev dalam sijil kelahirannya dengan tujuan untuk memberikan status persepsi bahawa Daniyar adalah sebahagian dari keluarga berpengaruh dan ternama di Kazakhtan.

Daniyar kemudiannya menggunakan nama akhir yang baru dan telah melakukan penipuan dokumen kelayakan untuk memasuki Universiti Columbia.Beliau telah melakukan penipuan dengan menggunakan dokumen kelayakan palsu,dalam dokumen palsu Daniyar itu menunjukkan bahawa beliau telah tamat belajar di sebuah sekolah tinggi di Kazakhtan.Tetapi menurut keterangan Bolat bekas anak tirinya sebenarnya belajar di Switzerland tetapi tidak pernah menamatkan pelajarannya.

Daniyar kemudiannya memperolehi ijazah dari University Columbia walaupun pihak pengajian dilaporkan telah menerima maklumat rasmi mengenai penipuan dokumen kemasukan oleh Daniyar ke universiti tersebut.

Ketika belajar di University Columbia, Daniyar telah menggunakan rupa parasnya untuk menawan hati anak Perdana Menteri Malaysia iaitu Nooryana Najwa Binti Mohd. Najib sehingga mengikat tali pertunangan.

Episod penipuan ini bermula pada tahun 2008 apabila Bolat telah meminta bantuan Daniyar untuk mencarikan sebuah apartment untuknya dan memberikan kuasa kepada Daniyar untuk menandatangani semua dokumen pembelian bagi pihaknya. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya iaitu Daniyar telah menandatangani dokumen jual beli kondo mewah tersebut dan meletakkan nama ibunya keatas apartment mewah yang dibeli itu.

Selepas lapan bulan kondo mewah tersebut dibeli,Maira telah menjualkan semula kondo tersebut kepada anaknya sendiri iaitu Daniyar dengan harga USD1 sahaja.

SUMBER
Related Posts with Thumbnails