BREAKING NEWS

Arahan Yang Paling 'HARAMJADAH' Dari SUK Perak

Bangunan Pejabat SUK Negeri Perak.



PETALING JAYA 27 November: Semua pihak yang bertanggungjawab merobohkan papan iklan KEADILAN di Lebuh Raya Utara Selatan akan diheret ke muka pengadilan, kata Pengarah Kempen Pilihan Raya KEADILAN Perak, Shahbudin Abdul Khatab.

Papan iklan yang tertera gambar Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan slogan ‘Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat’ itu didirikan pada 20 November lalu, di Kilometer 383 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Behrang.

Ia dibina oleh Shahbudin di atas tanah miliknya.

Menurut Shahbudin, kejadian tersebut disedari beliau pada 4.30 petang Sabtu lalu, apabila mendapati pagar antara sempadan papan iklan dan lebuh raya dirobohkan.

“Saya dapati tiang papan iklan turut digergaji,” jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Beliau percaya perobohan itu atas arahan pimpinan Umno BN.

Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu.

Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu.


Inilah billboard yang membuatkan Barua-Barua Umno menjadi gila meroyan.


Billboard yang dibina oleh Shahbudin di atas tanah milik sendiri telah dirobohkan secara tidak sah oleh Propel diatas arahan SUK Perak.

“Saya memaklumkan kepada Propel Slim River dan terkejut dengan dakwaan Propel yang menyatakan pihaknya terpaksa merobohkan papan iklan tersebut atas arahan dari Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata Shahbudin.

“Laporan polis telah dibuat pada malam kejadian, 25 November, jam 1.35 pagi. Kita mahu polis siasat dan bertindak segera ke atas pencerobohan tersebut.
“Kita juga menuntut ganti rugi kepada pihak yang berkenaan antaranya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Daerah kerana merobohkan pagar dan papan iklan yang saya dirikan di tanah milik saya,” sambung beliau.


Madhi (kiri) dan Shahbudin.
 

Naib Pengerusi KEADILAN Negeri, Madhi Hasan yang hadir sama dalam sidang media itu menempelak tindakan kerajaan menghalang kempen tersebut.

“Apakah dengan hanya pemasangan satu papan iklan ia telah menggugat kestabilan negara?,” soalnya.
“KEADILAN melihat ini adalah manifestasi dari ketakutan luar biasa pihak berkuasa Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat.

“Jelas, Umno BN sedang meneruskan budaya politik samseng yang kotor dan tidak bertamadun,” kata Madhi.

Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa Umno BN menghentikan strategi politik kotor terhadap pembangkang.

“Sesungguhnya, pemikiran dan kematangan rakyat telahpun jauh berubah. Marilah kita bersama mengamalkan budaya politik waras dan beradab,” katanya dalam kenyataan.

Iklan tersebut merupakan satu program awal KEADILAN untuk mendirikan papan iklan serupa di tempat-tempat strategik yang dikenal pasti di seluruh negara untuk memberi penjelasan mengenai perjuangan Pakatan Rakyat dalam membela nasib seluruh rakyat seperti mana yang tertera dalam Buku Jingga.

Oleh Aliff Fikri

1 comment :

  1. Ajak debat takde 'telor' tapi buat keje2 samseng lepas itu dalam perhimpunan UMNO ada YB UMNO boleh cakap kalau tak puas hati boleh usulkan dalam Parlimen dan tidak perlu buat demo jalanan. Saya nak tanya Sharil Samad, ko ni buto mata ko. Selama ini usul mano yang dibawa oleh pembangkang dapat pertimbangan daripada ketua gerombolan untuk dibincang dalam Parlimen. Bagi pembangkang, mereka kena keje mcm pariah, tiada media untuk mereka mengutarakan ajenda mereka, tiada kebebasan dalam Parlimen bagi mereka membawa usul2 kepentingan rakyat. Polis, MACC DBKL dan semua ajensi kerajaan bertindak macam samseng terhadap pembangkang. Bayangkan Dataran Merdeka sentiasa dalam kerja2 menaik taraf apabila rakyat pembangkang mahu menggunakannya. Rakyat bukan bodoh. Tunggu jer PRU 13. Tapi itu pun, difahamkan ratus ribu pendatang asing akan digunakan dalam menipu. Undi pos sudah berlipat kali ganda sekarang hingga pemberita, kakitangan yang bantu SPR undi pos. Ini demokrasi apa ini. UMNO ni hypokrit No.1 dalam dunia. Nak buat secara terbuka malu dan takut2, oleh itu guna cara samseng. Billboard pembangkang boleh dirobohkan oleh kerajaan secara HARAM. SEGALA TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN UMNO PERAK DALAM ROBOH BILLBOARD KEADILAN ADALAH HARAM. HARAM DISISI UNDANG DAN DAN HARAM DISISI AGAMA ISLAM. APA MUFTI PERAK NAK CAKAP? PECAH PAGAR LEBUHRAYA DAN ROBOHKAN BILLBOARD ATAS TANAH MILIK PERSENDIRIAN ADALAH HARAM. TIADA MAAF BAGI MU WAHAI SUK PERAK DAN MEREKA YANG TERBABIT DALAM SKANDAL INI. HARAP PKR JANGAN BUANG MASA B UAT LAPORAN POLIS DENGAN HARAPAN POLIS AKAN BERTINDAK SEBAB MEREKA TIDAK AKAN BERTINDAK. KALAU MEREKA NAK BERTINADAK SEPATUTNYA MEREKA WAJIB TANGKAP MEREKA YANG PECAH OPAGAR DAN MENCOEROBOH TANAH PERSENDIRIAN DAN ROBOHKAN BILL BOARD. TAPIP, ADA POLIS AMIL TINDAKAN SEPERTI ITU, TIDAK? ITU MENUNJUKKAN MEREKA BUTA UNDANG2. MEREKA TAAT SETIA KEPADA UMNO TANPA FIKIR BAHAWA UMNO SUDAH SURUH MEREKA BERTINDAK SECARA HARAM. SEPATUTNYA OCPD TG.MALIM KENA PANGGIL SUK DAN AJAR DIA UNDANG2 DAN PERATURAN TAPI IA TIDAK DILAKUKAN. SEBALIKNYA MEREKA BERGEGAS UNTUK BERTINDAK IKUT SURUHAN HARAM SUK PERAK.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails