BREAKING NEWS

Gula-Gula Pilihanraya Najib: Akta ISA Dimansuh Dan Digantikan Dengan Dua Undang-Undang Baru



Walaupun dilihat sebagai langkah positif, pengumuman mengejutkan Datuk Seri Najib Razak, antaranya pemansuhan akta ISA, masih terdapat pihak yang meragui reformasi perdana menteri.

Berikut reaksi segera terhadap ucapan Najib yang ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia yang akan disambut esok:

Presiden Majlis Peguam Lim Chee WeeNONEMajlis Peguam Malaysia memuji perdana menteri yang maju jauh dan berjanji memansuhkan dan mengkaji semula cebisan undang-undang yang ketinggalan zaman dan menekan.

Ini langkah utama ke arah mengembalikan kedaulatan undang-undang dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Ini tindak balas yang betul perdana menteri kepada suara rakyat. Majlis Peguam bersungguh-sungguh menanti butiran lanjut proses ini.

Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Nohsyed ibrahim syed norApakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuh? Kita tentang ISA sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Tetapi jika dibentuk dua lagi undang-undang yang juga mempunyai peruntukan tahan tanpa bicara, kita anggap perjuangan kita belum selesai.

Betul mansuh dan kita sedikit lega. Tetapi mansuh satu (akta) dan masuk dua (undang-undang baru), sebab itu kita tidak mahu terlalu gembira lagi.

Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman
djz convention 101205 ahmad lutfiIsu sebenar kebebasan media di Malaysia bukan pembaharuan permit tahunan. Isunya, susah atau senang mendapatkan permit penerbitan dan percetakan. Dari segi prinsipnya, konsep mengenakan permit untuk media itu sendiri satu halangan besar kebebasan.

Sepatutnya, media tidak memerlukan permit, sudah memadai mendaftar akhbar, majalah, portal berita seperti kita mendaftar sebuah syarikat atau mendaftar kenderaan.
Keputusan mutlak menteri untuk memberi atau menarik balik permit (dan tidak boleh dicabar di mahkamah) seperti dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sekarang masih kekal dan tidak disentuh sama sekali dalam ucapan perdana menteri. Sepatutnya perkara ini dihapuskan.

Perdana menteri juga menyentuh beberapa lagi akta yang mengekang kebebasan pengamal media seperti Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.

Jadi, pengumuman Datuk Seri Najib Razak hanya sebagai di permukaan, banyak hal asas (fundamental) tidak diusik (dipinda).

Bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Norezam mohd noor at mca function 2Syabas PM atas keberanian untuk lakukan reformasi politik! Komitmen PM luar biasa kerana jarang parti yg memerintah akan lakukan perubahan drastik.

Yang selalu kita lihat ialah laungan reformasi kosong dari orang yang dipecat atau hilang kuasa, ataupun dari kelompok yang belum berkuasa. Tetapi hari ini PM buktikan pemerintah yg sedang berkuasa mampu untuk lakukan perubahan.

Saya sendiri amat bersyukur dan gembira dengan keputusan PM. Saya sertai BN parti pemerintah sebulan selepas reformasi berlaku dariapda BPR (Badan Pencegahan Rasuah) ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia). Isu rasuah yang dekat di nadi perjuangan saya. Hari ini ISA dan OSA antara akta yang akan digubal/hapus.

Kedua akta di mana saya pernah ditahan dan perjuangkan untuk perubahan. Terima kasih PM. Semoga Allah terus beri kekuatan kepadanya untuk lakukan perubahan dan kebaikan bagi negara ini.

Isteri mangsa bekas tahanan ISA Norlaila OthmanNONEKami tidak tahu hendak (kata) alhamdulilah atau bersorak "yahoo" sebab sudah banyak kali kena tipu. Selagi Kem Kamunting tidak ditutup, selagi semua tahanan tidak dibebaskan dan selagi ISA tidak lagi menjadi akta baru kami akan percaya.

Walaupun ISA dimansuh, dia boleh buat akta baru pada bila-bila masa saja. Kita tidak mahu akhirnya cuma tukar nama sahaja.

Presiden MIC Datuk G Palanivel
NONEIa pengumuman yang tepat pada masanya dan menunjukkan bahawa kita berubah dari masa ke semasa. Ia juga menunjukkan kerajaan mendengar suara rakyat.



Pengerusi BERSIH 2.0 S AmbigaNONEApabila kamu longgarkan tali kekangan, ia sentiasa selangkah ke arah yang betul. Saya tidak jelas apa beliau (Najib) maksudkan, tetapi saya tidak setuju tindakan berterusan menentang demonstrasi jalanan.

Demonstrasi jalanan ada nilainya, yang tertakluk bawah kebebasan berhimpun. Dengan membezakan demonstrasi jalanan dengan bentuk demonstrasi lain sepenuhnya tersasar daripada hak kebebasan terhimpun.

Mufti Perlis Dr Juanda Jayadr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Alhamdulillah PM Najib mansuhkan ISA dan proklamasi darurat. Akhirnya mereka hapuskan juga akta zalim itu dan mereka akui ia akta yang tidak bertamadun dan bertentangn dengan agama.

Syukurlah para pemimpin semakin mengambil berat hal rakyat dan semoga malaysia terus makmur dan pemimpin kita teruskan keadilan untuk kekalkan Malaysia terus maju jaya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails