BREAKING NEWS

6 Soalan Yang Perlu Dijawab Oleh Dr Mahathir



Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Bin Mohammad telah memberi penjelasan kepada pandangan kontroversi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara(MPN) melalui jurucakapnya Prof. Zainal Kling dimana Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini. Walaubagimana pun hakikatnya British bukan menasihat baginda tetapi British telah mengarahkan baginda mengikut telunjuk mereka.

Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut.

Persoalannya adalah :
  1. Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957 ? Sultan atau British.
  2. Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemintah pada masa tersebut?
  3. Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915 ?
  4. Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?
  5. Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 hb Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda Sultan?
  6. Apakah salah kita menanggap UMNO sebagai anak emas pemerintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?
Pemuda Pas Johor mewakili anak-anak muda Malaysia mahu penjelasan daripada Tun Dr Mahathir dan para sarjana sejarah mengenai persoalan-persoalan di atas.

Ketua Dewan Pemuda Pas Johor
Suhaizan bin Kaiat
Dipetik daripada laman sosial Facebook Suhaizan Kaiat

1 comment :

Related Posts with Thumbnails