BREAKING NEWS
Showing posts with label Zahid Hamidi Haramjadah. Show all posts
Showing posts with label Zahid Hamidi Haramjadah. Show all posts

Zahid Hamidi Menjilat Ludahnya Sendiri



Umno/BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.

Bilangan petisyen yang ingin difailkan oleh BN jelas menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.

Sedangkan Pakatan Rakyat hanya mahu failkan petisyen 30 lebih sahaja, tetapi Umno/BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.

Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.

Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan SPR.

Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar “duduk di dalam hutan”.

Selepas menjawat jawatan Menteri KDN baru-baru ini, Zahid Hamidi juga telah memperkudakan PDRM untuk melakukan 'Tangkapan Terpilih' hanya terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO pro Pakatan Rakyat.

Tetapi  PDRM terus menutup mata terhadap kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh  pemimpin-pemimpin Umno/BN, NGO pro Umno/BN dan media arus perdana penjilat Umno/BN.

Pengerusi SPR dan timbalannya wajib memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti-parti yang bertanding dalam PRU lalu.

Solidariti Untuk Safwan Anang Di Penjara Sungai Buloh



Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan, dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.

Namun apa yang mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno BN.

Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya;

1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa untuk kepentingan hayat Umno BN.

2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat.

3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan!

Dalam fasa kebangkitan anak muda hari ini, Umno BN jelas terdesak sehingga sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga survival politik mereka yang kian rosak. Tangkapan kepada mahasiswa dan anak muda jelas bermotif politik demi menyekat kemaraan dan kebangkitan yang kian memuncak. Kerajaan minoriti ini jelas tergugat dengan kebangkitan rakyat.

Demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan Anang rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan Anang rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.

Safwan Anang rela untuk tidur beralas simen dan makan ala kadar seperti banduan. Safwan Anang berkorban masa untuk bersama isterinya yang sedang mengandung. Ini semua demi perjuangan menuntut keadilan.

Justeru saya seru seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat yang cintakan keadilan untuk sama-sama bangkit lawan regim yang jelas menindas rakyat dengan kekuasaan. Ayuh kita nyatakan solidariti untuk Safwan Anang dengan berhimpun secara aman di hadapan Penjara Sungai Buloh. 




Masturah Abu Bakar, Isteri Safwan Anang.






Sementara itu isteri beliau yang sedang mengandung berkata, "Walaupun saya bersedih dengan keputusan ini, tetapi saya bangga mempunyai suami yang cekal dan berani seperti dia".

Dia buat sebegini kerana sayangkan negara Malaysia.Tidak mahu Negara ini berada dalam cengkaman pemerintahan yang zalim. Walaupun saya sayang dan perlukan dia, tetapi Negara ini lebih memerlukannya.

Saya seru semua rakyat terutama kaum wanita untuk turun solidariti di Penjara Sungai Buloh" Masturah Abu Bakar, Isteri Safwan Anang.

Walaupun Masturah sedang mengandung, tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus menyambung perjuangan demi negara tercinta.

Polis Menguatkuasakan Akta Hasutan Secara 'Double Standard'



Seorang pemimpin MIC telah mengutuk keras peristiwa penangkapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan Aktivis di bawah Akta Hasutan dan menggesa pihak berkuasa tidak mengamalkan penindasan dan penangkapan selektif dan berpilih.

Anak DS Samy Vellu, S Vell Paari berkata beliau cukup bimbang dan gusar apabila di beritahu tentang penangkapan keatas YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu, aktivis dan pemimpin NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) peguam Haris Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen UMNO/BN yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri kini ahli PAS Datuk Tamrin Tun Ghaffar.

Ketiga-tiga mereka telah dicekup petang tadi yang berkaitan dengan suatu forum pada 13 Mei, di mana panggilan itu dibuat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan.

Vell Paari berkata tangkapan akan menyemarakkan kemarahan orang ramai dan rakyat kepada pihak berkuasa dan persepsi akan terbentuk dan akan dilihat sebagai mengamalkan double standard apabila ia datang untuk menguatkuasakan Akta Hasutan.

"Walaupun orang-orang seperti [pemimpin Perkasa] Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin dan ahli akademik Ridhuan Tee Abdullah dibenarkan untuk berkeliaran bebas walaupun membuat kenyataan pembakar tentang bangsa dan agama, tokoh-tokoh pembangkang bagaimanapun dengan pantas diheret dan di cekup..

"Malah,muka depan Utusan Malaysia selepas pilihan raya umum, yang memaparkan kisah 'Apa Lagi Cina Mahu? , suatu yang menjerit hasutan tetapi pemimpin-pemimpin kita memilih untuk mempertahankan penerbitan, "kata pengarah strategi MIC.

Vell Paari berkata, perkembangan ini tidak memberikan petanda yang baik bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa Lagi Zahid Hamidi Mau ??



Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato’ Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu.

Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah.

Sebarang usaha keras oleh Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri serta PDRM hanyalah satu usaha terdesak dan terakhir untuk mengekang kebangkitan rakyat. Semangat perjuangan rakyat baru sahaja dinyalakan dan rakyat akan bangkit menentang kezaliman siri tangkapan terpilih ini.

Sementara itu, penganalisis politik, ProfMadya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.

“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.

“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.

Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.

“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.
Related Posts with Thumbnails