BREAKING NEWS
Showing posts with label Musa Aman. Show all posts
Showing posts with label Musa Aman. Show all posts

Tahniah!! Nazri Aziz Dinobatkan Sebagai 'Raja Pembohong' 1Malaysia



Saya merujuk kepada laporan ekslusif oleh Teoh El Sen yang disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today bertajuk “Hong Kong Willing To Re-open RM40m Case” bertarikh 20 November 2012.
Laporan ekslusif tersebut memuatkan petikan wawancara dengan Kevin Zervos, Ketua Pendakwaraya Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang disabitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia.
Dari laporan dan wawancara tersebut, beberapa perkara kini dapat disahkan:
1. Pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau kedua-duanya sekali) yang memaklumkan kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa wang RM40 juta adalah sumbangan politik kepada Umno
2. Wang RM40 juta memang dibekukan di dalam sebuah akaun Michael Chia (walaupun namanya tidak disebut) dan disyaki pihak berkuasa Hong Kong disimpan bagi pihak Dato’ Seri Musa Aman (walaupun namanya tidak disebut)
Keterangan Kevin Zervos itu mengesahkan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz tidak berterus terang di Dewan Rakyat baru-baru ini apabila beliau memaklumkan bahawa keputusan ICAC menghentikan siasatan adalah oleh kerana ICAC mendapati wang RM40 juta tersebut adalah sumbangan kepada Umno.
Dato’ Seri Nazri Aziz sekali-kali tidak pernah menyatakan kepada Dewan Rakyat bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik.

 
Apabila pihak berkuasa Malaysia yang memaklumkan perkara tersebut kepada ICAC, ia mengesahkan desas-desus selama ini bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia.
Malah, kenyataan Kevin Zervos itu adalah lebih berat, kerana ia membayangkan bahawa pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau kedua-duanya sekali) bersekongkol untuk menghentikan siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia dengan memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai wang RM40 juta itu, tanpa siasatan yang telus dan bebas.


 Saya juga yakin pihak berkuasa Malaysia tidak pun menyerahkan bukti-bukti dan hasil siasatan yang menyokong kesimpulannya bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik yang berpunca dari hasil yang sah di sisi undang-undang.
Mengambil kira perkembangan terkini ini, saya menyeru pihak-pihak berkenaan mempertimbangkan perkara berikut:
- Parlimen mempertimbangkan tindakan sewajarnya kepada Dato’ Seri Nazri Aziz yang boleh dikira cuba menyalahmaklumkan (mislead) Parlimen dengan kenyataannya bahawa seolah-olah kesimpulan bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik kepada Umno dibuat oleh ICAC sendiri, sedangkan ia dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Seri Abu Kassim Mohamaed perlu berterus terang segera kepada Parlimen dan rakyat mengenai status sebenar siasatan SPRM terhadap tuduhan rasuah RM40 juta dan menjelaskan sama ada SPRM bertanggungjawab memaklumkan kepada ICAC bahawa wang itu kononnya sumbangan politik kepada Umno sehingga ICAC terpaksa menghentikan siasatan.
Saya juga menyambut baik kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong bahawa beliau sudi untuk membuka semula kes ini jika ada bukti baru. KEADILAN akan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengumpulkan bukti-bukti baru ini agar satu siasatan dapat dimulakan segera oleh ICAC.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

21 NOVEMBER 2012

Nazri Aziz Mempunyai Kepentingan Dalam Skandal RM40 Juta Michael Chia Dan Musa Aman






Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).

Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

2. Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence:

Lampiran C menunjukkan 4 gambar.

Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.

Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.

Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.

Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.

Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.

3. Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776

Lampiran D menunjukkan 5 gambar.

Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”).

Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.

Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).

KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

Rafizi Ramli

Pengarah Strategi KEADILAN

Skandal Wang Haram RM40 Juta Musa Aman Cetus 6 Persoalan Baru


 

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA & PEMUDA PAKATAN RAKYAT (24 Oktober 2012)

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) bersama-sama Dewan Pemuda Pas Malaysia serta Pemuda Sosialis DAP di bawah Pemuda Pakatan Rakyat terpanggil untuk memberikan respon balas kepada penafian yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung isu skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.


Di dalam perbahasan Dewan Rakyat pada 22 Oktober yang lepas, Rahman yang juga merupakan Setiausaha BN Negeri Sabah, menyatakan bahawa beliau menolak dakwaan bahawa Michael ditahan di lapangan terbang Hong Kong kerana menyeludup ‘secara fizikal’ wang tunai berjumlah RM40 juta oleh pihak berkuasa Hong Kong.


Malah beliau menganggap tindakan Pakatan Rakyat yang berterusan berada di dalam ‘imiginasi’ apabila berterusan mempertegas isu tersebut.


AMK bersama Pemuda Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa Rahman seharusnya tidak berterusan mengelirukan rakyat dengan teori yang merepek dan menjengkelkan.


AMK melalui saya telahpun mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) pada OKtober 2009, yakni setahun selepas media antarabangsa mendedahkan penahanan seorang rakyat Malaysia bernama Michael Chia, confidante Musa Aman yang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram di dalam matawang Singapura berjumlah 16 juta Dollar Singapura bersamaan RM40 juta.


Terdahulu beberapa laporan telah dibuat termasuklah melalui AMK Sabah terhadap Musa Aman sebelum laporan ke ICAC dilakukan pada tahun 2009.


Dan sepanjang tempoh itu jua, tidak ada sebarang penafian pun dilakukan oleh Musa Aman mahupun Umno serta BN Sabah bersabit skandal berkenaan.


Penafian Rahman, yang berhujah dan berselindung di sebalik imuniti Parlimen, tidak sekelumitpun menamatkan polemic berhubung isu ini. Sebaliknya ia lebih menimbulkan pelbagai persoalan berbanding merungkai permasalahan.


(i)    Sedari tahun 2009 sehingga 2012, tidak pernah sekalipun penafian dilakukan oleh pihak Musa sendiri mahupun Umno Sabah bahawa wang sejumlah RM40 juta tersebut adalah merupakan dana untuk Umno Sabah. Justeru mengapakah hanya baru-baru ini sahaja isu bahawa wang tersebut merupakan dana untuk Umno Sabah muncul? Mengapa ianya mengambil masa 3 tahun ini didedahkan?

 
(ii)  Bagaimanakah pembuktian yang kredibel dapat dilakukan oleh Umno Sabah bahawa RM40 juta tersebut adalah merupakan dana Umno Sabah? Apakah mereka bersedia untuk diaudit secara professional untuk membuktikan penafian mereka tersebut boleh diterima?

 
(iii)   Apakah wujud kebarangkalian RM40 juta tersebut sebenarnya ialah wang haram yang dialirkan kepada Umno melalui Yayasan Sabah menggunakan pemalsuan pelan kawasan pembalakan? Sekiranya ini berlaku, maka tidak mustahil ia juga berlaku di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Umno.

 
(iv)  Sekiranya wang RM40 juta tersebut ialah wang Umno Sabah, apakah wang sejumlah USD90 juta yang didakwa dimiliki oleh Musa dalam proses pembekuan aset oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland ke atas bank UBS, juga merupakan wang Umno Sabah?

 
(v)  Sekiranya USD90 juta itu juga merupakan wang Umno Sabah, maka wujud satu persoalan baru bagaimana Umno Sabah begitu produktif menerima tajaan dan sumbangan ikhlas mencecah puluhan dan ratusan juta ringgit seolah-olah ada skandal tersembunyi yang berlaku di sebalik penindasan berterusan kepada rakyat Sabah.

 
(vi) Layanan berbeza ke atas Musa juga dilihat ketara oleh Perdana Menteri jika dibandingkan dengan kes melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada tahun 1990-an tatkala disabitkan dengan kesalahan membawa keluar wang secara tidak sah ke luar negara.

 
AMK dan Pemuda Pakatan Rakyat  dengan ini membangkitkan enam persoalan baharu yang perlu dijawab secara berfakta oleh Umno umumnya dan Musa khususnya berbanding hanya mengatakan Pakatan Rakyat berimiginasi untuk mencemarkan reputasi Musa.


Butang panik yang ditekan oleh Perdana Menteri melalui pelbagai siri lawatan di samping serangan demi serangan ke atas Pakatan Rakyat di  Sabah menunjukkan bahawa Sabah kian dalam bahaya. Bahaya bagi Umno kerana ia menghilangkan fixed deposit mereka zaman berzaman.


Sungguhpun begitu bahaya bagi rakyat Sabah kerana berpemimpinkan seorang Ketua Menteri yang rakus dan obses kepada wang dengan mengenepikan agenda memacu pembangunan Sabah secara holistik.


Dan kewajaran untuk berubah bukan lagi satu kompromi, tetapi wajib dilaksanakan.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
YB Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Rasah
Pengerusi Kebangsaan DAPSY
YB Mohd Nasir Bin Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Parlimen
Dewan Pemuda Pas Pusat

SPRM Terkejut Beruk!! Umno Sabah Terima Sumbangan RM40 Juta Daripada Seorang Lelaki Tidak Siuman!!



KUALA LUMPUR 12 Oktober: Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Tan Sri Musa Aman.

“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri,” kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Ekoran itu, Tian mendesak kerajaan menjelaskan tujuan ahli perniagaan, Michael Chia memberikan RM40 juta tersebut kepada Umno Sabah.

Ia ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengenai pendirian Peguam Negara terhadap skandal itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai melakukan siasataan.

Katanya, penjelasan perlu kerana kemungkinan besar wujud penyelewengan dan aktiviti penggubahan wang haram oleh mereka yang terbabit.

“Kita ingin tahu adakah sumbangan ini tidak melanggar undang-undang dan tiada rasuah. Apa tujuan seorang ahli perniagaan beri sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah?

“Mengapa wang ini dibawa ke Hong Kong?” soal Tian lagi pada sidang media di lobi Parlimen.

Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.
Nazri dalam jawapan bertulisnya semalam mengatakan Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbang keterangan yang dikemuka SPRM dan memutuskan tiada elemen rasuah.

Nazri mendakwa, Jabatan Peguam Negara mengesahkan dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, dan bukan untuk kegunaan persendirian Ketua Menteri.

Mengulas lanjut, Tian membayangkan ada konspirasi antara Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Umno BN untuk menutup skandal tersebut.

“Ini adalah kali pertama SPRM dan Jabatan Peguam Negara mengakui wang ini adalah wang Umno Sabah,” katanya.

Bongkar!! Dokumen Skandal Balak Ketua Menteri Sabah Bocor



Laman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.



Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.

Dokumen itu dikatakan bocor daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menyiasatnya sebelum ini tetapi tidak berakhir dengan pendakwaan.

Akaun bank Chia juga menunjukkannya menerima ratusan ribu dolar AS daripada syarikat berpangkalan di Hong Kong Borion Enterprise, yang antaranya dimiliki hartawan balak Sarawak Ting Pek King.

"Ia menimbulkan persoalan kenapa keluargga Ting Pek King membayar sejumlah besar wang kepada akaun bank Micheal Chia? Akaun sama yang juga digunakan untuk menyalurkan dana kepada anak lelaki
Datuk Seri Musa Aman iaitu Mohammed Hayssam Musa di Australia," katanya.

Terkini!! Skandal Balak RM400 Juta Ketua Menteri Sabah Terbongkar!



KUALA LUMPUR: 9 April: KEADILAN memberikan masa seminggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan terhadap skandal balak melibatkan penyelewengan lebih RM400 juta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberi amaran itu hari ini susulan pendedahan Sarawak Report yang mendakwa Menteri Luar, Anifah Aman menerima lesen balak yang lumayan yang diberikan adiknya, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Menurut Rafizi, KEADILAN menubuhkan satu pasukan khas bagi mengumpul maklumat dan dokumen berhubung skandal itu yang turut melibatkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail – yang enggan mengheret Anifah dan Musa Aman ke muka pengadilan berhubung kes itu.

Pasukan khas itu, menurutnya, diketuai peguam Darell Leiking yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung dan Ketua Cabang Penampang, Sabah.

“Beliau (Darell) menemu ramah ramai saksi yang terbabit dan sedang mengumpulkan dokumen penuh setakat ini. Kami boleh dedahkan kepada media bahawa dokumen itu mempunyai beribu-ribu muka surat, termasuk salinan penyata bank yang menunjukkan pelbagai urusniaga dan pemindahan berlaku,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Rafizi, KEADILAN yakin bukti-bukti yang dikumpulkan itu mampu mensabitkan ketiga-tiga tokoh dalam skandal yang jumlahnya lebih besar daripada penyelewengan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Beliau berkata, bukti-bukti itu akan didedahkan secara berperingkat sehinggalah kesemua yang bertanggungjawab diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Beberapa tahun lalu Sarawak Report melaporkan Anifah Aman merupakan pewaris rahsia lesen pembalakan lumayan yang mengeksploitasi hutan simpan di Sabah. Konsesi itu diperolehi dari saudaranya sendiri, Musa Aman.

Sarawak Report turut mendedahkan dokumen-dokumen berkenaan menunjukkan penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa Ketua Menteri Sabah melakukan rasuah dengan menganugerahkan lesen pembalakan di negeri Sabah bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya sendiri.

Namun, siasatan itu disekat pada peringkat tertinggi dan segala penemuan dalam siasatan itu dirahsiakan, sehingga kini.
SUMBER
Related Posts with Thumbnails