BREAKING NEWS
Showing posts with label Akta Hasutan. Show all posts
Showing posts with label Akta Hasutan. Show all posts

Hari Paling Malang Bagi Kebebasan Bersuara Di Malaysia



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948 adalah sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim berkata, Perlembagaan dirangka dengan tujuan untuk memastikan undang-undang yang sedia ada terus sah dan boleh dikuatkuasakan.
“Seksyen 4 (1) Akta Hasutan tidak melanggar perimeter Artikel 10 (2) dan 10 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kebebasan bersuara,” kata Arifin yang membaca keputusan penghakiman.
Hakim-hakim lain dalam panel itu ialah Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Hakim Md Raus Sharif, Hakim Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hakim Abdull Hamid Embong serta Tan Sri Suriyadi Halim Omar.
Mahkamah dengan itu menolak permohonan Prof Madya Dr Azmi Sharom yang mencabar kesahihan akta itu dan mengarahkan kes Azmi bicarakan di Mahkamah Seksyen.
Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM) itu telah didakwa dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 September 2014 atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Azmi didakwa membuat kenyataan itu dalam artikel bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told” yang dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos 2014.
Pada 17 September, Azmi memfailkan permohonan mencabar Akta Hasutan 1948 kerana mendakwa Seksyen 4 tidak mengikut Perlembagaan dan melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan bersuara.

Solidariti Untuk Safwan Anang Di Penjara Sungai Buloh



Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan, dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.

Namun apa yang mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno BN.

Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya;

1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa untuk kepentingan hayat Umno BN.

2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat.

3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan!

Dalam fasa kebangkitan anak muda hari ini, Umno BN jelas terdesak sehingga sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga survival politik mereka yang kian rosak. Tangkapan kepada mahasiswa dan anak muda jelas bermotif politik demi menyekat kemaraan dan kebangkitan yang kian memuncak. Kerajaan minoriti ini jelas tergugat dengan kebangkitan rakyat.

Demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan Anang rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan Anang rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.

Safwan Anang rela untuk tidur beralas simen dan makan ala kadar seperti banduan. Safwan Anang berkorban masa untuk bersama isterinya yang sedang mengandung. Ini semua demi perjuangan menuntut keadilan.

Justeru saya seru seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat yang cintakan keadilan untuk sama-sama bangkit lawan regim yang jelas menindas rakyat dengan kekuasaan. Ayuh kita nyatakan solidariti untuk Safwan Anang dengan berhimpun secara aman di hadapan Penjara Sungai Buloh. 




Masturah Abu Bakar, Isteri Safwan Anang.






Sementara itu isteri beliau yang sedang mengandung berkata, "Walaupun saya bersedih dengan keputusan ini, tetapi saya bangga mempunyai suami yang cekal dan berani seperti dia".

Dia buat sebegini kerana sayangkan negara Malaysia.Tidak mahu Negara ini berada dalam cengkaman pemerintahan yang zalim. Walaupun saya sayang dan perlukan dia, tetapi Negara ini lebih memerlukannya.

Saya seru semua rakyat terutama kaum wanita untuk turun solidariti di Penjara Sungai Buloh" Masturah Abu Bakar, Isteri Safwan Anang.

Walaupun Masturah sedang mengandung, tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk terus menyambung perjuangan demi negara tercinta.

Polis Menguatkuasakan Akta Hasutan Secara 'Double Standard'



Seorang pemimpin MIC telah mengutuk keras peristiwa penangkapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan Aktivis di bawah Akta Hasutan dan menggesa pihak berkuasa tidak mengamalkan penindasan dan penangkapan selektif dan berpilih.

Anak DS Samy Vellu, S Vell Paari berkata beliau cukup bimbang dan gusar apabila di beritahu tentang penangkapan keatas YB Tian Chua Ahli Parlimen Batu, aktivis dan pemimpin NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) peguam Haris Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen UMNO/BN yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri kini ahli PAS Datuk Tamrin Tun Ghaffar.

Ketiga-tiga mereka telah dicekup petang tadi yang berkaitan dengan suatu forum pada 13 Mei, di mana panggilan itu dibuat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan.

Vell Paari berkata tangkapan akan menyemarakkan kemarahan orang ramai dan rakyat kepada pihak berkuasa dan persepsi akan terbentuk dan akan dilihat sebagai mengamalkan double standard apabila ia datang untuk menguatkuasakan Akta Hasutan.

"Walaupun orang-orang seperti [pemimpin Perkasa] Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin dan ahli akademik Ridhuan Tee Abdullah dibenarkan untuk berkeliaran bebas walaupun membuat kenyataan pembakar tentang bangsa dan agama, tokoh-tokoh pembangkang bagaimanapun dengan pantas diheret dan di cekup..

"Malah,muka depan Utusan Malaysia selepas pilihan raya umum, yang memaparkan kisah 'Apa Lagi Cina Mahu? , suatu yang menjerit hasutan tetapi pemimpin-pemimpin kita memilih untuk mempertahankan penerbitan, "kata pengarah strategi MIC.

Vell Paari berkata, perkembangan ini tidak memberikan petanda yang baik bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Related Posts with Thumbnails