BREAKING NEWS
Showing posts with label ADUN Sungai Rapat. Show all posts
Showing posts with label ADUN Sungai Rapat. Show all posts

Kah! Kah! Kah! Makcik 'Tengin' Sungai Rapat Teroyak Minta Ampun




Hamidah teroyak minta ampun goleng-goleng atas tanah ...

Makcik Tengin yang samseng mengalahkan Samseng Kampung Dusun minta ampun...Apa yang pernah saya inginkan dan ramalkan sebelum entri ini, benar-benar sudah terjadi. Allah yang Maha Kuasa izinkan ianya terjadi...Hamidah teroyak minta ampun goleng-goleng atas tanah....

Dia minta ampun setelah dia jatuh tersungkur di kaki calon PAS, Ust Radzi Zainon.Kesian...tiba-tiba hilang sikap sombong dan samsengnya itu! Allah Maha Kuasa!

Senang-senang nak minta ampun macam Nyonya Mansor dalam cerita P.Ramlee, Ibu Mertuaku itu!

Cis!setelah puas menyonglap wang rakyat dan membuat harta berjuta-juta kamu minta keampunan?

Kamu patut minta ampun kepada Umno Bahagian Gopeng kerana melanggar keputusan Bahagian yang tidak mahu kamu bertanding.

Inilah balasan yang menimpa kamu kerana menderhaka keputusan Bahagian sendiri. Padan muka kamu Hamidah! Umno Gopeng tidak ada rasa simpati keatas kekalahan kamu, malah bersorak gembira.

Aku bersama Datuk Mukti, paling kanan dan Zulkifli, AJK
Pemuda Umno Gopeng, paling kiri ...

Timbalan Ketua Bahagian Umno, Gopeng, Datuk Mukti
adalah Pengarah bilik Gerakan Umno di Simpang Pulai

Satu perkara yang perlu kamu fikirkan ialah, siapakah yang taja calon bebas, Mior Azman tu?

Umno Gopeng? Kalau Umno Gopeng sudah tentu mereka tidak ada kuasa untuk menghalang Mior Azman dari dikenakan tindakan parti.

Dilain-lain tempat, ahli Umno yang bertangding sebagai calon bebas dikenakan tindakan pecat dari parti; tetapi tidak berlaku ke atas Mior Azman.
Sudah tentu yang menaja Azman itu adalah dari peringkat yang lebih tinggi lagi....

Dan Hamidah, kami terpaksa meniti hari sugul yang gelap bersendirian bersama adik mu si Hamizura itu...Kamu pasti tidak akan dilantik ke mana-mana jawatan , jauh sekali sebagai senator! Sebab yang rancang kejatuhan kamu itu adalah dari pihak atasan kamu sendiri....

Kamu tunggulah siasatan SPRM yang akan melondehkan kebobrokan kamu dan adik kamu Hamizura itu.

<al - Husseyn>

Gempar!! ADUN Sungai Rapat Masuk Tanjung Rambutan

Inilah salah satu usaha terdesak Hamidah Osman untuk memastikan dirinya dicalonkan semula bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.Gelagat pemimpin-pemimpin Umno/BN Perak yang seperti cacing kepanasan sejak kebelakangan ini,memberi petunjuk jelas betapa hayat mereka sudah berada di penghujungnya.Sebenarnya Hamidah Osman, ADUN Sungai Rapat ini meroyan hingga membuat laporan Polis kerana takut disaman oleh Nga Kor Meng, ADUN Pantai Remis berkaitan fitnah isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Gua Musang, Kelantan.




Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menafikan ada mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman pada hari keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12, Khamis lalu.

Beliau ketika dihubungi mengakui, agak terkejut dengan laporan yang dibuat Hamidah mengatakan dirinya diugut sekali gus mengaitkannya dengan skandal pemilikan tanah di Kelantan.

Menurutnya, apa yang berlaku tiada langsung kaitan ugutan, malah pada hari kejadian, semua wakil rakyat (termasuk pembangkang) masih boleh dilihat bergembira dan ambil gambar bersama.

“Saya tidak ada keluarkan ungkapan sebegitu, di kantin ada ramai orang, jika saya katakan pun pasti ada yang melarang.

“Jika benar beliau (Hamidah) berasa terancam, takkanlah kami masih boleh bergurau dan mengambil gambar bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Kor Ming tidak menolak kemungkinan isu itu timbul kerana desakan pilihanraya umum yang makin hampir.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Hamidah, semalam kata beliau, pihaknya tidak berdepan masalah sekiranya polis mahu menjalankan siasatan.

“Harap polis dapat siasat termasuk kemungkinan laporan dibuat itu adalah palsu,” katanya.
ADUN Pantai Remis itu menganggap Hamidah sengaja mencari isu yang tidak relevan demi memastikan dirinya dicalonkan semula bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Mengenai ugutan diterimanya daripada Kor Ming, menurut si Hamidah, ia berlaku pada Khamis, kira-kira jam 3 petang ketika minum di dewan makan Sidang DUN.

Hamidah berkata, Kor Ming datang kepadanya dan kununnya mengeluarkan perkataan, ‘you reveal and watch out, I’ll go after you’ (kau dedah dan jaga-jaga, aku akan cari kau) dengan muka yang marah dan geram.
Related Posts with Thumbnails