BREAKING NEWS

Laporan Negara Amerika Syarikat Beri Gambaran Buruk Terhadap Kebebasan Akhbar Di Malaysia


Setiausaha Negara John Kerry mengeluarkan secara rasmi Laporan Negara tentang Amalan Hak Asasi Manusia kepada Kongres.



PETALING JAYA: Kebebasan akhbar serta hak bersuara di Malaysia merupakan isu yang kerap diperkatakan.

Kerajaan mendakwa ianya diamalkan, kecuali di dalam sesetengan keadaan, sementara pembangkang berkata ia langsung tiada.

Apa pendapat Amerika Syarikat agaknya?

Pada 27 Feb, Setiausaha Negara John Kerry mengeluarkan secara rasmi Laporan Negara tentang Amalan Hak Asasi Manusia kepada Kongres.

Laporan tersebut, yang telah memasuki tahun ke 38, menjelaskan pelanggaran serta pencabulan hak asasi di 200 negara dan wilayah, termasuk Malaysia bagi tahun 2013.

Ia menjelaskan bahawa perlembagaan memperuntukan kebebasan bersuara dan akhbar, tetapi disekat kerajaan manakala wartawan berdepan ugutan di dalam melaksanakan tugas sehingga terpaksa membuat tapisan sendiri.

“Wakil kerajaan berkata ia bagi melindungi keselamatan negara, kesejahteraan rakyat serta hubungan dengan jiran serantau. Maka kebebasan media terpaksa disekat,” kata laporan tersebut.

Ia juga menyentuh undang-undang yang berunsur sekatan ke atas kebebasan bersuara tetapi menyebut bahawa individu serta parti pembangkang kerap mengkritik kerajaan secara terbuka atau di laman media sosial.

Laporan tersebut juga berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa sekatan yang dikenakan kerajaan bersifat terpilih.

“Mereka berkata apabila (Datuk) Ibrahim Ali (ketua Perkasa) yang mempunyai hubungan dengan parti pemerintah, menggesa umat Islam membakar kitab Bible Bahasa Melayu pada bulan Januari, tiada apa-apa tindakan dikenakan,” lapornya.

Parti pemerintah juga memiliki atau mengawal dua daripada tiga akhbar Bahasa Inggeris dan kebanyak akhbar Bahasa Melayu sementara ahli-ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan kerajaan atau parti pemerintah memiliki satu akhbar Bahasa Inggeris serta empat akhbar Bahasa Cina.

Kebanyakan saluran radio serta TV di Malaysia juga dimiliki kerajaan atau perniagaan yang ada hubungan dengan mereka.

“Kerajaan mengenakan kawalan ke atas kandungan berita, baik media cetak atau elektronik, menghukum penerbit kerana laporan “berniat jahat” dan mengharamkan atau menyekat sebaran bahan terbitan yang dipercayai menggugat ketenteraman awam, moral atau keselamatan negara. Pada Disember, Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan The Heat, yanf merupakan majalah mingguan,” lapornya.

Laporan tersebut juga berkata wartawan sering diugut dan diancam kerana tulisan mereka.

“Pada Julai, jabatan imigresen negeri Sarawak menahan dan menghantar pulang Clare Rewcastle Brown, warganegara Britain yang mengendali laman web dan stesen radio yang mengkritik kerajaan negeri Sarawak,”katanya.

Laporan tersebut menyebut kerajaan mengamalkan sekatan ke atas media, terutamanya media cetak dan elektronik.

“Ini dilakukan secara langsung serta tidak langsung dengan mengawal kandungan berita; dan terbitan “berniat jahat” akan dihukum manakala menteri dalam negeri berkuasa mengharamkan atau menyekat bahan terbitan yang mengganggu kesejahteraan rakyat, moral atau keselamatan negara,” katanya lagi.

Laporan tersebut mendakwa dasar-dasar, serta undang-undang anti-fitnah, menyekat kebebasan kewartawanan dan menyebabkan tapisan sendiri.

It stated that the government generally restricted remarks or publications it felt might incite racial or religious disharmony.

“Pada September, Mahkamah Tinggi menarik balik laranga yang dibuat pada 2012 berhubung buku Allah, Liberty and Love, tulisan Irshad Manji. Bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak menggugurkan pertuduhan terhadap Nik Raina Abdul Aziz, pengurus toko buku Borders. Beliau didakwa mengedar 200 naskah buku tersebut,, enam hari sebelum pengumuman penarikan balik dibuat.

“Raini dipilih kerana beliau seorang Muslim yang boleh didakwa di mahkamah syariah. Perbicaraannya dilaksanakan pada bulan Oktober,” katanya lagi.

Laporan tersebut juga menyentuh tentang fitnah, sambil mengatakan Akta Defamasi diletakkan di bawah Kanun Jenayah.

“Pada 12 Mac, Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar mengugut sesiapa sahaja yang mengkritik pihak keselamatan tentang tindakan mereka di Sabah dengan menggunakan laman media sosial.

“Khalid memberitahu sidang akhbar “mereka bakal diburu” jika merendah-rendahkan kebolehan pasukan keselamatan negara,” katanya lagi.

Laporan tersebut diberi mandat Kongres A.S. bagi membantu kerajaan merangka dasar dan bantuan luar dan dibuat berdasarkan laporan kedutaannya, kegiatan hak asasi manusia, NGO dan lain-lain.

Jadi Amerika Syarikat memandang tinggi kebebasan bersuara di negara kita inikah?

Adakah kerajaan kita akan mengambil kira pandangan Amerika Syarikat itu?


Oleh Sonia Ramachandran

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails