Gambar 'Bluefin' dron dasar laut milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).
Amerika Syarikat (AS) akan menghantar dron dasar laut milik Tentera Laut negara itu yang mampu menjelajah sehingga kedalaman hampir 15,000 kaki (4,572 meter) dalam usaha membantu mencari serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Pentagon semalam seperti dilaporkan Reuters.
Pengumuman pengerahan kenderaan dasar laut berkelengkapan sonar dikenali sebagai Bluefin itu dibuat beberapa jam selepas Malaysia mengesahkan pesawat tersebut hilang di Lautan Hindi, lapor agensi berita antarabangsa itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita malam tadi berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.
Najib berkata, pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia. - 25 Mac, 2014.
Amerika Syarikat Hantar Dron 'Bluefin' Bantu Cari MH370 Di Lautan Hindi
Posted by Unknown on 12:15 PM in MH370 Pesawat MAS Terhempas u | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment