BREAKING NEWS

Video: Polis, SPRM Dan SPR Buat Bodoh Sahaja Terhadap Kesalahan Zahid Hamidi




KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai.
 
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada PRU13 lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

Katanya, dalam video terbabit, Zahid juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.

Menurutnya, selain politik wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 ‘pekerja pilihan raya’ sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670 pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi.

Ini bererti lebih daripada seorang ‘pekerja pilihan raya’ diperlukan Zahid untuk memenangi satu undi dan perkara itu boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

“Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” kata Kit Siang dipetik Roketkini.

Sementara itu, menurut laporan Keadilan Daily, PKR berusaha membatalkan kemenangan Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datoh dengan pendedahan bukti video pemberian rasuah untuk mengundi beliau.

Video-video tersebut boleh didapati di Youtube yang mendakwa Zahid mengakui memberi RM100 kepada 23,000 orang  dan 5kg beras dengan “pelekat” untuk diberikan kepada pekerja kempen BN.

“Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti. Undi yang dia dapat hanya 17,000 tetapi dia mengakui telah memberikan kepada 23,000 pekerja parti jadi ini bermakna 6,000 pekerja parti tidak mengundinya.

“Dia sebenarnya mencari kelemahan dalam undang-undang untuk memberi rasuah.. semua orang tahu mustahil untuk anda memiliki 24,000 pekerja kempen,” kata Rafizi Ramli.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dua petisyen pilihan raya difailkan berhubung salah laku calon BN di Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk membelanjakan lebih RM2 juta semasa berkempen.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, petisyen pertama membabitkan sogokan dilakukan Zahid kepada pengundi dengan memberikan mereka wang RM100 dan 5 kilogram beras setiap orang.

“Satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihan raya dan kesalahan mengambil petugas pilihan raya dalam jumlah yang tidak munasabah,” katanya.

Rafizi berkata, Zahid membelanjakan lebih RM2 juta ketika berkempen, iaitu melebihi had yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak RM200,000.

Menteri Dalam Negeri itu juga menggunakan 24 ribu petugas pilihan raya, sepertimana diakui sendiri dalam video yang dimuatnaik  di laman web rasmi beliau.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi, Rafizi turut menunjukkan video berkenaan di mana Zahid turut mengaku memberi wang dan beras kepada pengundi.

“Zahid telah melakukan tindakan kurang bijak dengan menayangkan kenyataannya secara terang-terangan,” kata Rafizi kepada media.


Di bawah ini adalah dua Video yang menunjukkan Zahid Hamidi menyogok pengundi-pengundi Parlimen Bagan Datoh dan berbelanja lebih RM2 juta:

Zahid Hamidi: 23 Ribu jentera BN di Bagan Datoh

 

Zahid Hamidi bersama warga Bagan Datoh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails