BREAKING NEWS

Blogger 'Milo Suam' Ditahan Polis..Ini Kalilah!! Tukar!!




KUALA LUMPUR: Bloger Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam ini dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman ditahan untuk disiasat berhubung penyiaran dua artikel di blognya yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Artikel tersebut merupakan satu dokumen rasmi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya, yang disiarkan di dalam blog berkenaan baru-baru ini.

Makluman itu dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR kepada media lewat malam ini.

Menurut kenyataan itu, pihak polis juga kini berada di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya.

Bagaimanapun tiada sebarang makluman oleh mereka berkaitan sebab penahanan tersebut.

"Blogger Milo Suam baru telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square ," kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Sementara itu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan blogger Milo Suam yang dipercayai mendedahkan kepincangan undi pos polis.

Menurut Anwar, blogger Milo Suam yang mempunyai pengaruh besar dan pembaca berjumlah ratusan ribu kini ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) selama tiga hari.

“Jangan tangkap pemberi maklumat. Persoalannya, apa jaminan polis akan kendali dan pastikan pilihan raya bebas dan adil?” kata Anwar menjawab soalan pemberita.

Tambahnya, blog Milo Suam sebelum ini mendedahkan kepincangan dalam proses pengundian pos polis yang menerima kertas undi sehari lebih awal.

“Ini adalah intimidasi politik untuk menafikan hak rakyat Malaysia untuk mengetahui perkara sebenar,” tambah Anwar.

Justeru, blog tersebut yang dikendali secara peribadi tidak dapat lagi menyampaikan maklumat dan pendedahan secara efektif.

“Kita ada saksi. Laporan telah dibuat. Sekarang ada kelemahan besar. Sepatutnya polis tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang korup tanpa melaksanakan pilihan raya bebas dan adil,” tegas Anwar.

Ironinya, blogger pro Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam dan kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang.


P/S: inilah satu lagi contoh  kes tangkapan terpilih yg sekian lama menjadi amalan pihak polis jika ianya berkaitan dgn pihak2 yg menyokong perjuangan Pakatan Rakyat..oklah encik polis!! u all ada kuasa kan?? tapi janganlah lupa plak kuasa rakyat.. kuasa rakyat, kuasa keramat!! ..percayalah rakyat akan melempiaskan kemarahan mereka terhadap ketidakadilan ini didalam peti undi pd 5 mei nanti dengan menguburkan umno/bn utk selama-lamanya.InsyaAllah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails