BREAKING NEWS

Rosmah Mansor: Ada Aku Kisah!!



 
SHAH ALAM, 24 APR : PKR hari ini mendakwa isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sendiri mempunyai tunggakan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli mendakwa tunggakan tersebut menunjukkan Kerajaan Persekutuan Umno-BN mengamalkan dwi-standard dalam penguatkuasaan sistem itu yang ditentang oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Rafizi, bukti tersebut diperoleh melalui semakan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hasil semakan itu menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 yang didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan Rosmah mempunyai tunggakan saman.

Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Rosmah masih tidak membayar dua saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013.

“Perkara ini dilihat sebagai satu prinsip dwi standard apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES.

“Sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat,” kata Rafizi di dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya selepas PRU-13 ini.

Dalam pembentangan manifestonya baru-baru ini, Barisan Nasional juga tidak menyentuh mengenai AES walaupun pelaksanaannya masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

“Saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa.”

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails