BREAKING NEWS

Mengapa 'Pakatan Rakyat' Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia ??



Setelah hampir lima tahun mewarisi tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Badawi, kebanyakan projek yang diunjurkan oleh pentadbiran Najib, ternyata tidak membawa menafaat kepada rakyat, malah membebankan.

Projek Email 1M yang melibatkan RM 50 juta kepada Tricubes Berhad, sebuah syarikat separuh-mati yang tersenarai di Bursa Saham. Email yang boleh didapati percuma oleh rakyat Malaysia di internet, dibekalkan oleh syarikat ini dan segala kos penghantaran surat, notifikasi serta pengurusan pengendalian email 1M ini akan dibilkan terus kepada jabatan2 kerajaan yang terlibat. Apakah bentuk keuntungan kepada rakyat melalui projek ini? TELUR.

Projek kesihatan 1Care 1M (dibawa oleh MCA) pula bakal mewajibkan (paksa) setiap pekerja—samada swasta atau kerajaan—mencarum sebanyak 10% daripada gaji kepada skim insurans kesihatan 1Care. Keuntungan kepada rakyat? GAJI (disposable income) akan TURUN.

Projek AES (saman trafik) yang juga dibawa oleh MCA (kini ditangguhkan buat sementara waktu), bakal meningkatkan lagi kos pengangkutan setiap warga negara yang berkenderaan, baik motosikal mahupun kereta. Keuntungan kepada rakyat? KOS SARA HIDUP akan MENINGKAT.

Projek GST dan Projek Cukai Perkhidmatan Kad SIM telefon bimbit sebayak 6% bakal memastikan SETIAP harga barangan akan naik. Keuntungan kepada rakyat? INFLASI bakal MENINGKAT.

Projek pembinaan LOJI NUKLEAR (sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan kepada syarikat perunding luar bagi mencari lokasi sesuai) bakal melihat hutang luar negara meningkat lebih tinggi. Keuntungan kepada rakyat? KOS TENAGA (harga letrik) bakal MENINGKAT. (Negara terpaksa bergantung kepada kepakaran pekerja mahir teknologi nukear asing.)

Pada masa yang sama, rakyat bakal TERDEDAH kepada radiasi nuklear. Lebih banyak PENYAKIT bakal dijangkiti, maka perniagaan perkhidmatan kesihatan hospital swasta bakal meningkat. Keuntungan pelaburan kerajaan melalui Khazanah di dalam syarikat2 kesihatan seperti IHH serta Pantai akan meningkat. Keuntungan kepada rakyat? Kantung kerajaan meningkat, sebaliknya KANTUNG RAKYAT semakin MEROSOT.

Projek Beli-Ubat-Sendiri 1Malaysia bakal menyaksikan Hospital2 Kerajaan tidak lagi memberi ubat2an yang diperlukan oleh rakyat, sebaliknya hanya mengeluarkan preskripsi. Para pesakit bakal diwajibkan membeli ubatan sendiri daripada mana2 kedai farmasi swasta. Keuntungan kepada rakyat? KOS perubatan MENINGKAT lagi.

Di atas adalah antara jenis projek2 yang bakal dilaksanakan sejurus selepas kemenangan pentadbiran Najib/Barisan Nasional. Jika diteliti dengan betul, kebanyakan projek2 yang dicipta oleh pentadbiran Najib lebih menguntungkan syarikat2 swasta, syarikat2 antarabangsa serta meningkatkan kantung kerajaan. Bagi rakyat pula, setelah dikenakan pelbagai cukai, hampir setiap kemudahan asas seperti elektrik, air, pengangkutan, telefon bakal menyaksikan PENINGKATAN BIL secara mendadak.

Projek2 one-off seperti BR1M RM500, bantuan sekolah RM100 serta bantuan baucer buku RM200 hanyalah merupakan gula2 bagi mengaburi mata rakyat miskin. Sekiranya projek2 di atas dilaksanakan, golongan rakyat kelas menengah bakal jatuh miskin; manakala golongan miskin pula akan semakin tersempit. Dapat RM800, tapi peningkatam kos sara hidup sepanjang 5 tahun akan datang, di bawah pentadbiran Najib/Barisan Nasional, bakal meningkat berpuluh kali ganda.

Bayangkan sejenak.

Apabila rakyat yang tertekan kehidupan sehariannya mula sedar akan kesilapan mereka memilih (mengundi untuk BN), lalu keluar beramai2 keluar berdemonstrasi. Sepertimana yang berlaku pada BERSIH 3.0, FRU serta polis akan dikerahkan untuk mengagalkan demonstrasi rakyat. Ada rakyat yang buta ditembak dengan gas pemedih mata. Ada yang terkoyak paha kerna terkena perangkap kawat besi. Ada rakyat yang menyorok di kedai2, akan ditarik keluar dan dibelasah beramai2 oleh polis dengan belantan. Rakyat yang ingin bersurai akan dikepung dari semua sudut agar tidak boleh melarikan diri. Semuanya itu, sepertimana yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussain, “Agar ia (kejadian itu) menjadi pengajaran kepada semua pihak.”

Demonstrasi tidak digalakkan. Demonstrasi tidak dibenarkan di bawah pemerintahan Najib. Rakyat hanya boleh mengangguk dan menyokong segala projek yang diajukan oleh kerajaan BN, walaupun sebahagian besar projek2 tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.

Rakyat yang bersetuju jadi Pak Kaduk bakal diberikan pelbagai nikmat serta projek. Peruntukkan kewangan besar (beratus-juta yang diambil daripada cukai) akan diagihkan kepada kaum-keluarga, AJK serta ahli2 parti politik kerajaan BN dengan kadar faedah yang rendah atau tiada faedah. Sekiranya projek2 kroni ini gagal, mereka akan diselamatkan dengan lebih peruntukan (bailout) wang rakyat lagi.

Manakala rakyat jelata pula yang meminjam sekadar puluhan-ribu daripada bank2 swasta dikenakan kadar faedah yang tinggi. Mereka2 yang gagal membayar akan segera dibangkrapkan. Mereka yang bangkrap tidak memiliki hak untuk ke luar negara untuk memulakan kehidupan baru, mahupun hak untuk hidup dengan sempurna. Mereka2 ini terpaksa bekerja siang-malam, bagaikan zombie bagi membayar hutang sepanjang hidup mereka.

Mereka2 yang tidak suka akan cara pemerintahan pentadbiran Barisan Nasional akan disukarkan kehidupannya, agar segera keluar daripada Malaysia. Negara Malaysia hanya layak diduduki oleh Pak Kaduk. Hang Nadim tiada tempat di Tanah Melayu.

Inilah yang telah berlaku dan dijangkakan akan berlaku lebih dasyat lagi, sekiranya Barisan Nasional diberikan peluang untuk menang pada PRU 13 ini.

-DM

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails