BREAKING NEWS

Ini Kalilah!! Umno Tersungkur Sebelum Bertanding




Menjelang pilihanraya umum ke 13 pada 5 Mei ini, begitu ramai pemimpin Barisan Nasional BERPALING TADAH dan berlawan sesama sendiri, ini menunjukkan bahawa kepimpinan Najib Razak sangat lemah dan ramai yang bertindak keluar parti sebelum di pecat, seterusnya menjadi calon BEBAS.

Bagi Pakatan Rakyat pula, hanya 6 kerusi saja menjadi rebutan bagi parti pembangkang itu sesama sendiri, tetapi tidak bertindak keluar dari Pakatan, berbanding Barisan Nasional iaitu 22 ahli UMNO, 2 dari GERAKAN dan 1 dari MCA, yang mana jumlah keseluruhannya adalah 25 orang calon bebas yang keluar Barisan Nasional.

Berikut senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.

1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar
2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor,
3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang
4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang
5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak 6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak
7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai
8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara
9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali
10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu
11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau
12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning
13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari – Parlimen Pengerang
14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir
15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir
16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri
17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek
18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil
19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat
20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti
21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu
22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai Sibugah
23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah
24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu
25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala Kubu Bharu

Sumber : EraPasca

1 comment :

  1. Saya rasa UMNO masih boleh menang tanpa majoriti. Najib yakin akan kemenangan ini tetapi beliau risau tidak dapat majoriti. Orang melayu akan terus sokong UMNO atas alasan ketuanan melayu walaupun hidup merempat asalkan cukup makan minum. Itu lah bangsaku...masih ramai yg berpemikiran jumud seperti ini. PR kena kuat berkerja utk menyakinkan puak2 ini.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails