BREAKING NEWS

'The Black Rose' By 'Spirit of Altantuya'

        
   
The Black Rose - satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya muncul di ruang siber.

Siri pertama - Black Rose 1.0 - telah diedarkan kepada media malamini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai 'Spirit of Altantuya'.

Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama, tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri.

Buku ini mengandungi watak-watak yang dipaparkan menggunakan nama samaran tetapi jalan ceritanya mirip kepada kisah Depak.

Antara mereka termasuk Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain yang dikaitkannya atau dirujuk olehnya sewaktu 'berperang' dengan keluarga Najib.

Dari cerita Deepak mengenai hubungannya dengan keluarga Najib sehingga penglibatannya untuk menterbalikkan akuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan perdana menteri dengan Altantuya Shaariibuu, buku ini dilihat mencerminkan cerita tersebut, tetapi dikisahkan dalam bentuk ceritera.

Berikut adalah sebahagian kandungan yang dipetik daripada buku kontroversi 'The Black Rose' Edisi 1.0 By Spirit of Altantuya.Sila klik pada image untuk paparan yang lebih besar dan jelas.






Post a Comment

Related Posts with Thumbnails