BREAKING NEWS

Listen Polis!! Pengundi Baru Lebih Mempercayai Ahli Politik Daripada Polis

Pasukan polis kurang dipercayai berbanding parti politik, menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka Center.

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Pasukan polis kurang dipercayai berbanding parti politik, menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka Center.

Keputusan “Tinjauan Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama” yang dilakukan diantara November dan Disember tahun lalu turut mengejutkan badan tinjauan bebas tersebut.

“Kepercayaan kepada kerajaan dan pelbagai institusi adalah marginal — apakah pengundi kali pertama tidak berminat atau hanya sinis?” kata badan tersebut dalam laporan pengundian yang dikongsi kepada The Malaysian Insider minggu ini.

Lebih daripada separuh atau 56 peratus daripada 826 pengundi baru berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang ditinjau berkata mereka tidak mempercayai polis, berbanding dengan 47 peratus berkata mereka tidak mempercayai parti-parti politik, jurang sembilan mata peratusan.

Kesangsian kepada pihak berkuasa dalam undang-undang tertinggi di negara ini melebihi semua institusi awam lain yang ditinjau, termasuk kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan kehakiman.

Lebih daripada separuh pengundi baru yang ditinjau menyatakan mereka meletakkan kepercayaan dalam kerajaan negeri, berbanding kepada 49 yang percaya dalam penggendali pilihan raya itu, 47 peratus kepada Putrajaya, 46 peratus kepada mahkamah, 39 peratus kepada pihak polis dan 36 peratus kepada parti politik.

Mengikut kumpulan kaum, masyarakat Cina adalah yang paling tidak mempercayai polis, dengan lapan daripada 10 meragui Bukit Aman berbnding 46 peratus bagi Melayu dan 55 peratus bagi India.

Kesangsian kepada parti-parti politik adalah tertinggi di kalangan kaum India dengan 57 peratus, diikuti oleh 52 peratus Melayu dan 33 peratus Cina.

Penganalisis dan pemimpin pembangkang telah memberi amaran bulan lalu bahawa perang mulut berterusan di kalangan bekas pegawai tertinggi polis serta cerita penyalahgunaan kuasa dan hubungan jenayah boleh mengganggu tumpuan badan penguatkuasaan tersebut dari tugasnya, kata beberapa penggubal undang-undang, sambil memberi amaran ini boleh mengakibatkan peningkatan kadar jenayah.

Kata mereka berbanding melawan jenayah, badan penguatkuasaan negara kini terlalu sibuk mempertahankan diri mereka daripada cerita yang keluar ekoran perang mulut antara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli Yusuff.

Dzulkefly dari PAS menegaskan apabila bekas polis mempersoalkan terhadap proses polis semasa dan masa lalu, ia menyumbang kepada ketakutan awam di atas dakwaan ketidakupayaan pasukan keselamatan tersebut untuk memberi tumpuan kepada menjaga keselamatan negara.

Pasukan polis baru-baru ini telah dikritik oleh orang ramai dan pemimpin pembangkang selepas peristiwa rompakan dan serangan menyebabkan tanda tanya kepada statistik kerajaan yang menunjukkan penurunan ketara dalam kadar jenayah di negara ini.

Pada Julai lalu, Liew Chin Tong dari DAP mendedahkan 86 peratus daripada polis di negara ini tidak melawan penjenayah tetapi mengendalikan kertas kerja, aktiviti “mengintip” dan logistik, menguatkan lagi dakwaan pihak berkuasa telah mengubah data jenayah untuk menunjukkan imej baik pasukan tersebut.

“Hampir 14 peratus daripada pasukan polis beruniform di jabatan-jabatan berkaitan dengan jenayah,” kata beliau dalam satu kenyataan Julai lalu, merujuk kepada siasatan jenayah narkotik, dan jabatan siasatan jenayah komersil di PDRM.

“Sementara 86 peratus anggota polis tergolong kepada sektor bukan berkaitan jenayah (seperti) pengurusan, keselamatan dalaman dan ketenteraman awam, logistik, Cawangan Khas, dan pasukan petugas khas,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa jabatan siasatan jenayah (JSJ) hanyalah lapan peratus atau 9,346 daripada 105,929 pasukan polis beruniform.

“Ini bermakna enam kali lebih ramai polis ditugaskan untuk pekerjaan bukan jenayah berkaitan, berbanding yang memerangi jenayah. Tidak hairanlah kita berasa tidak selamat,” kata ahli parlimen Bukit Bendera itu.

Oleh Debra Chong

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails