BREAKING NEWS

Betul Le Cakap Lu Bro, KJ Memang 'VAVI'




PETALING JAYA, 17 Jan — Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dipetik akhbar Sinar Harian dengan berkata “tidak menarik balik kenyataannya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat” adalah menghina keputusan mahkamah, kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini.

Menurut Azmin, ekoran kata-kata Khairy (gambar) tersebut, PKR akan mendapatkan nasihat peguam dan berbincang sama ada akan mengambil tindakan lanjut di atas kenyataan tersebut.

“Kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan pembohongan,” kata Azmin kepada media di ibu pejabat PKR.

Azmin turut mengecam Khairy kerana memberikan gambaran bahawa Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

“Tindakan Khairy yang memutar belit persetujuan beliau sendiri dihadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.

“Keadilan akan meneliti perkara ini dengan peguam dan tidak menolak akan mengambil tindakan semula keatas Khairy yang sangat biadap dan menipu ini,” kat Azmin lagi.

Semalam media melaporkan Anwar telah mencapai penyelesaian dalam kes fitnah RM100 juta beliau ke atas Khairy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun begitu Khairy sebaliknya berkata beliau berpuas hati kerana Anwar meminta kes ini diselesaikan tanpa kos dan dengan permohonan maaf.

“Ya, beliau tarik balik samannya tanpa kos atau minta saya mohon maaf. Saya cuma perlu kata, saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam akhbar dari ucapan saya.

“Beliau yang saman, beliau minta diselesaikan. Mungkin sebab tidak mahu perbicaraan penuh sebab ada implikasi terhadap beliau,” kata Khairy yang dipetik daripada Sinar Harian.

Walaubagaimanapun, Azmin menegaskan kenyataan tersebut bertentangan dengan syarat penyelesaian yang berkata: “Oleh kerana defendan (Khairy Jamaluddin) bersedia untuk berkata bahawa beliau tidak berkata kata-kata yang salah serta bertentangan dengan pendirian awalnya, perkara ini dianggap berakhir dan bermakna diselesaikan.”

“Penyelesaian yang dicapai ini bermakna beliau (Khairy) menarik balik fitnah tersebut yang terkandung didalam ucapannya dan kempen Umno sebelum ini.

“Kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur,” kecam Azmin lagi.

Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu timbalan ketua pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails