BREAKING NEWS

Najib Hadiahkan Rakyat Pahang Dengan 'Sisa Radioaktif 1Malaysia' SR1M




KUANTAN, 11 Dis - Orang ramai terutamanya penduduk sekitar Kuantan kini mula resah dan sangsi dengan tahap keselamatan dan risiko yang bakal dihadapi oleh mereka akibat kewujudan kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini.

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh empat orang Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Seri Mustapa Mohamed), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili), Menteri Sumber Asli (Datuk Seri Douglas Unggah Embas) dan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang mempersoalkan beberapa kenyataan oleh Pengarah Urusan, Lynas Malaysia Datuk Marsyal Ahmad bahawa sisa buangan Thorium yang dihasilkan oleh tanah jarang berkenaan tidak boleh dieksport disebabkan undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya.

Sebelum ini, beliau mengatakan Lynas akan mengubah sisa WLP, mengandungi bahan radioaktif pada tahap paling rendah yang terhasil secara semula jadi, kepada produk selamat secara komersial dipanggil 'Synthetic Aggregate'. Katanya, Synthetic Aggregate akan dieksport ke negara lain sejajar dengan Piawaian dan Peraturan Antarabangsa dan Tempatan di mana ia akan digunakan sebagai bahan kejuruteraan awam.

Namun, dengan kenyataan terbaru oleh menteri itu nampaknya isu Lynas ini masih belum diselesaikan lagi sebenarnya. Mereka juga mempersoalkan, apakah kewajaran kerajaan meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) sedangkan isu ke mana sisa buangan rare erath itu sendiri mahu dihantar masih belum diputuskan secara rasmi.

Ini bermakna kerajaan sendiri masih tidak konsisten dengan keputusan yang mereka buat. Jika ini keadaannya, bermakna rakyat Kuantan bakal berhadapan dengan risiko andainya sisa buangan itu dikekalkan dalam negara ini.

Terdahulu banyak NGO anti-Lynas yang mendesak kerajaan menghalang operasi kilang terbabit di negara ini kerana ia berisiko tinggi. Namun, kerajaan seperti tidak mahu mendengar suara rakyat terus memberi berbagai alasan demi alasan yang tidak masuk dek akal dan akhirnya membenarkan kilang itu beroperasi baru-baru ini.

Namun, kini segalanya bagai sudah suratan takdir akhirnya kerajaan sendiri yang "pening" ke manakah Lynas mahu buang sisa Thorium beradioaktif itu.  


Gambar Pengarah Urusan, Lynas Malaysia Datuk Marsyal Ahmad sedang memberikan beberapa orang penduduk memegang bahan terbabit baru-baru ini jelas sekali menipu rakyat. Apa yang dipersoalkan ialah sisa buangan Thorium yang terhasil dalam pemprosesan nadir bumi tersebut  dan bukannya bahan yang belum diproses?.


[Jika ini keadaannya, maka wajarlah rakyat Kuantan terus bangkit menentang dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Ternyata, kelulusan Lynas boleh diberikan tanpa ada jawapan rasmi ke mana sisa buangan itu mahu dihantar sekarang. Siapa yang tertipu  agaknya? Rakyat atau Kerajaan Malaysia?. Justeru kerajaan di gesa berhati-hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Lynas yang seolah-olah mahu melepas tangan dalam isu ini. Malah lebih teruk lagi mereka sanggup menipu rakyat Kuantan kononnya bahan itu tidak berbahaya. Tindakan memberi beberapa orang penduduk memegang bahan terbabit baru-baru ini jelas sekali menipu rakyat. Apa yang dipersoalkan ialah sisa buangan Thorium yang terhasil dalam pemprosesan nadir bumi tersebut  dan bukannya bahan yang belum diproses?. Kenapa rakyat boleh begitu mudah ditipu oleh Lynas?. Nampaknya jika isu sisa buangan ini gagal ditangani dengan baik, kemungkinan besar pasti rakyat akan bangkit untuk menolak UMNO BN pada PRU-13 ini nanti].



SUMBER

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails