Siapakah yang pilih mangkuk baghal nih jadi exco pemuda umporno??
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) berasa pelik, dan ,menganggap ianya keterlaluan apabila sebuah parti tua yang mendabik dada bahawa hagemoni mereka tidak akan pernah lupus dari bumi Malaysia ini, sekonyong-konyong mendakwa parti mereka adalah pilihan Tuhan, untuk menjalankan tanggungjawab memerintah negara ini dan atas dakwaan pendek akal itu, memaksa pembodohan terus bersarang dalam pemikiran anak muda negara tercinta ini.
Amat malang buat semua, apabila Exco Pemuda Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih bangga dipanggil Umno, mendakwa dalam ucapannya bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dan kuasa bagi melakukan kerja perubahan di negara ini.
Maka jelas terbentang kerja-kerja pembodohan minda yang ingin dilakukan oleh Reezal Merican ini yang secara mudah menganggap anak muda akan bermuhasabah menerima kenyataan penuh dangkal itu dan tetap bersama penyelewengan mereka.
Banyak tanggapan untuk memperlekehkan ucapan Reezal Merican boleh ditulis, tetapi AIC melihat dari beberapa sudut mengapa ucapan-ucapan politik selemah itu harus wujud dalam waktu seharusnya jiwa-jiwa besar memainkan peranan dalam membangunkan semangat kenegaraan yan kian lumpuh. Pertamanya adalah betapa Pemuda Umno, sebagai sayap parti pemerintah sudah merasakan ‘faktor ketakutan’ melanda mereka.
Mereka tidak lagi bertemu dengan golongan anak-anak muda yang sanggup bersama mereka dalam arus hebat menahan asakan pembangkang menuju Pilihanraya Umum ke 13.
Mereka tidak lagi melihat anak muda, tanpa diberi bayaran dan ganjaran material akan duduk tegap bersama mereka melakar kembali beberapa detik kegemilangan yang pernah mereka kecapi satu waktu dulu.
Maka Reezal Merican, dalam penilaian pendeknya merasakan, mengheret kalimat Tuhan kedalam ucapan itu bakal sahaja menambah seni ucapan malah mungkin menambah saham beliau sebagai pemimpin masa depan dalam parti tua itu.
Faktor kedua adalah terdesak. Ucapan Reezal Merican adalah mewakili keresahan dan rasa terdesak pembesar-pembesar Umno yang jelas buntu dengan kemaraan penentangan rakyat terhadap mereka.
Jika diperhalusi, setiap tohmahan dan skandal yang cuba mereka palitkan pada pembangkang akhirnya ditepis dengan mudah dan mereka terus dihantui dengan skandal penyelewengan besar-besaran yang semakin menyekat salur pernafasan mereka. Sesak, dan mereka mencuba untuk mengheret kalimat Tuhan bagi memberikan sedikit ruang bernafas kepada diri mereka sendiri.
Faktor terakhir adalah kebodohan. Reezal Merican mewarisi kegagalan pembesar-pembesar Umno yang lain yang sering tidak mempunyai isi dalam ucapan mereka.
Mereka lebih mementingkan gah serta gaya, mungkin sedikit pandai memainkan emosi tetapi kegagalan langsung mereka adalah menyampaikan mesej dan akhirnya apa yang diperjuangkan mereka separuh abad lalu tenggelam sedikit demi sedikit , sehingga akhirnya Umno pasti terdesak sehingga bakal memaksa rakyat khususnya untuk terus bernaung dibawah kebodohan dan kezaliman mereka.
AIC yakin anak muda menolak saranan seumpama itu, dan tidak akan membiarkan Reezal Merican mempelopori kerja-kerja pembodohan minda ini dengan sewenang-wenangnya. Pertembungan ini adalah pertembungan nilai, pertembungan strategi dan pertembungan idea. Memang benar Tuhan wujud dalam setiap keadaan, tetapi mendakwa Umno adalah pilihan Tuhan, adalah satu fasa paling gelap penelitian tahap kecerdikkan ucapan politik.
Mari sebentar menoleh ucapan Winston Churchill dalam membangkitkan semangat rakyatnya ketika mengalunkan ucapan, Darah, Kederat, Air Mata dan Keringat yang begitu popular. Tidak ada satu kalimat Tuhan pun diseret dalam ucapan tersebut, kerana Churchill percaya tugasnya adalah untuk menyemarakkan semangat juang dan menjual nilai, bukan mencampuri urusan keyakinan diri rakyatnya kepada Tuhan yang sama sekali tidak wujud dalam politik.
Malah gaya hidup dan amalan yang dipraktikkan Umno tidak selari jika ucapan Reezal Merican dijadikan pedoman oleh pengikut Umno bawahan. Skandal penyelewengan harta negara, pengkayaan kroni, salahguna kuasa, keborosan dan pengkhianatan negara yang dilakukan oleh Umno tidak pernah akan menyokong tanggapan Reezal Merican bahawa Tuhan meredhai pemilihan Umno sebagai tunjang seterusnya negara tercinta ini.
Reezal Merican lupa, beberapa generasi kafir Quraisy ‘dipilih’ Tuhan untuk menjadi penjaga Kaabah. Reezal Merican lupa, ratusan tahun dinasti Firaun memerintah Mesir ‘dipilih’ Tuhan untuk memerintah, sehingga akhirnya mengaku diri sebagai Tuhan. Maka Umno juga mungkin ‘dipilih’ Tuhan, tetapi sebagai satu peringatan kepada semua, tanpa keinsafan dan sedar diri, amanah yang dipikul boleh menjadi azab yang membebani diri di kemudian hari.
Rakyat semakin menolak Umno, dan rakyat menolak projek pembodohan minda yang Reezal Merican cuba lakukan dan melawan kezaliman dan ketidakadilan Umno, adalah satu hak yang dituntut dalam perjalanan kita sebagai generasi penggerak zaman.
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden AIC Malaysia
Post a Comment