BREAKING NEWS

1Malaysia Rakyat diBAHLULkan


Kalu tak cekik darah rakyat bukan la umno nama dia..hidup puak2 ni bertuankan duit.duit..duit..selagi buleh masuk selagi tu la depa korek..lepaih ni kita pakat2 korek lubang untuk kambuih puak2 ni pulak..

Sistem saman ekor yang menggunakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ini telah dikendalikan oleh dua buah syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang juga merupakan syarikat kroni Umno/BN.Ini adalah bukti jelas betapa kerajaan Umno/BN sentiasa membebankan rakyat dengan idea-idea penswastaan yang tidak masuk akal.Jika sebelum ini rakyat negeri Selangor menjadi mangsa projek penswastaan untuk bekalan air,kini seluruh rakyat 1Malaysia pula menjadi mangsa kerakusan perompak-perompak harta rakyat ini dengan menggunakan saman trafik pula.

Sejumlah 35 peratus hasil daripada bayaran kompaun saman-saman tersebut akan menjadi milik kedua-dua syarikat tersebut.Lagi banyak saman dikeluarkan maka lagi banyak syarikat kroni BN ini akan mengaut keuntungan.Inilah satu lagi bentuk penswastaan ciptaan Umno/BN yang hanya bermotifkan untuk memberikan keuntungan luar biasa kepada syarikat-syarikat kroni mereka semata-mata tanpa memikirkan kepentingan dan kesusahan rakyat.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails