BREAKING NEWS

Polis Siasat Rafizi Untuk Tutup Kes Penyelewengan Haji Najib


Korang renungi kata-kata dari Saudara Rafizi Ramli di bawah ini..terlalu jelas kebenarannya..betapa undang2 terpilih digunakan oleh regim haji najib utk menutup penyelewengan yg mereka lakukan dari dulu,kini dan selamanya...perompak2 umno/apco ini tidak pernah ada rasa keinsafan atau ingin berubah..

Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri,”


KUALA LUMPUR 5 Julai: Ketangkasan polis menubuhkan pasukan khas kononnya bagi menyiasat dokumen skandal projek Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang mengesahkan persepsi rakyat bahawa pasukan itu mengutamakan Umno berbanding keselamatan rakyat, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, sehingga kini polis enggan menyiasat dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara yang dijual kepada syarikat asing seperti didedah di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

“Apakah beliau (Datuk Seri Bakri Zinin) tidak memahami bahaya jutaan rakyat yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang jika sebuah syarikat yang tiada pengalaman dalam sistem LRT dianugerah kontrak ini?

“Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja jika beliau sedar seluruh kerja-kerja pembinaan dikendali oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air,” soalnya dalam kenyataan.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu mengumumkan penubuhan pasukan itu bagi menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek LRT Ampang yang disifatkannya sebagai rahsia kerajaan.

“Kenyataan Bakri ini sebenarnya mengesahkan bahawa dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani Datuk Seri Najib Razak dan dokumen lain berkaitan tender adalah benar dan asli.

“Malah kenyataan beliau juga menunjukkan Najib bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas,” tegas beliau.

Kata Rafizi, sebarang usaha menakutkannya dari terus membongkar skandal itu adalah sia-sia.

“Saya juga meneruskan siri pendedahan seterusnya 9 Julai ini. Mulai minggu depan, kami mula turun ke stesen LRT untuk mengedar risalah maklumat dan melancar kempen ‘Utamakan Keselamatan Rakyat’ di seluruh LRT laluan Ampang,” kata Rafizi lagi.

Oleh Masdar Wahid

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails